Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap sebuah tapak pembinaan di mana pencangkuk kren terjatuh menghempap sebuah kereta di Jalan Raja Chulan semalam.
DOSH juga berkata, ia juga akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk membuktikan sekiranya mereka yang bertanggungjawab ke atas keselamatan tapak itu telah cuai dalam menjalankan tugas mereka.
Tindakan undang-undang akan dikenakan jika terbukti wujud sebarang salah laku, kata DOSH dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kontraktor utama tapak pembinaan itu bertanggungjawab memastikan keselamatan dalam penggunaan kren menara di tapak pembinaan.
BACA: WANITA MAUT DIHEMPAP BESI KREN DI JALAN RAJA CHULAN
"Akta Kilang dan Jentera 1967 juga mensyaratkan kren menara harus dipasang dan disenggarakan oleh syarikat yang kompeten dan berdaftar dengan DOSH.
"Syarikat yang kompeten itu hendaklah dilantik oleh kontraktor utama untuk menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala secara tetap, mengikut spesifikasi pengilang kren menara," kata kenyataan itu.
Satu siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk memastikan sama ada mereka yang terlibat telah melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.
"Kami juga sedang dalam proses menjalankan siasatan forensik untuk menentukan punca kemalangan itu dan untuk mengelakkan kemalangan seperti itu berulang pada masa depan," kata DOSH.
Jabatan itu berkata, ia memandang serius setiap kemalangan yang berlaku, khususnya yang melibatkan kematian, tidak kira sama ada ia melibatkan krew pembinaan atau orang awam.
"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
"Dari masa ke semasa, DOSH akan terus mengkaji semula dan menambah baik prosedur kerja selamat, bila perlu, bagi memastikan kesihatan pekerja dan orang awam terjamin," katanya.
Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur Rosdi Mat Isa memberitahu Astro AWANI hari ini, polis sedang mencari pengendali kren tersebut bagi membantu siasatan.
Pada Khamis, seorang wanita dilaporkan maut selepas pencangkuk kren menghempap keretanya di Jalan Raja Chulan dalam satu kejadian pada pukul 7.20 malam.
BACA: BUNYI DENTUMAN KUAT, SEBELUM BESI PENCANGKUK KREN JATUH HEMPAP PEMANDU - SAKSI
Astro Awani
Fri Aug 26 2016
Dalam kejadian pada petang Khamis 25 Ogos, seorang wanita maut apabila keretanya dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram. - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pekerja ladang maut digilis traktor di Kulai
Seorang pekerja ladang maut digilis traktor dalam kejadiaan di sebuah ladang kelapa sawit, berdekatan Jalan Sawah, dekat Kulai, dua hari lepas.
Nahas lubang pembinaan: JKKP keluarkan notis larangan projek
Notis larangan dikeluarkan susulan siasatan yang dijalankan selepas insiden kematian seorang penunggang motosikal, mendapati projek pembinaan tersebut gagal memasang penghadang bagi kerja pengorekan.
Tragedi kren jatuh: DOSH keluarkan arahan berhenti kerja
DOSH juga berkata, ia juga akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk membuktikan sekiranya mereka yang bertanggungjawab ke atas keselamatan tapak itu telah cuai dalam menjalankan tugas mereka.