awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sri Lanka: Penerbangan AirAsia beroperasi seperti biasa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/04/2019
14:30 MYT
Tragedi Sri Lanka: Penerbangan AirAsia beroperasi seperti biasa
AirAsia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan terus memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini. - Gambar hiasan
Susulan siri letupan di Sri Lanka, AirAsia memaklumkan penerbangan pergi dan balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Colombo beroperasi seperti biasa.
Dalam satu kenyataan media malam ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.
Susulan itu, AirAsia menasihati penumpang pesawat itu supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum jadual penerbangan.
Namun, pihaknya menjangkakan akan berlaku kelewatan di pusat pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.
“Penumpang yang membuat perjalanan dinasihatkan untuk mengikuti arahan kakitangan dan pihak berkuasa lapangan terbang.
“Penumpang juga digalakkan untuk memantau status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Ahad.
Jelas kenyataan tersebut lagi, AirAsia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan terus memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini.
Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh menyemak laman Twitter AirAsia di (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau menghubungi pegawai khidmat pelanggan AirAsia bagi mendapatkan perkembangan lanjut.
Terdahulu, lapan siri letupan dilaporkan berlaku di Sri Lanka pada Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya 207 orang terkorban manakala 450 cedera.
Letupan tersebut berlaku antara jam 8.30 dan 9 pagi waktu tempatan ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.
Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Sehingga kini, tujuh individu dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung letupan tersebut.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bandaranaike
#Colombo
#gereja
#hotel
#lapangan terbang
#letupan
#penerbangan
#serangan
#siasatan
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan