ALOR SETAR: Abang sado. Itu antara ungkapan yang sering dikaitkan dengan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia namun siapa sangka di sebalik tubuh badan sasa yang sering bergelut dengan api, mereka juga tangkas di dapur.
Mempraktikkan kemahiran asas memasak di rumah membolehkan lapan anggota bomba dari Selangor mempamerkan kehebatan beraksi di dapur menerusi trak makanan 'Fire Kitchen Abang Bomba' pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah.
Anggota terlibat menggunakan kemahiran berkenaan untuk memasak mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng yang dijual kepada pengunjung pada harga hanya 50 sen sepinggan.
Penolong Kanan Penguasa JBPM Selangor Shaharil Mohamad Hassan yang juga Ketua Penyelaras 'Fire Kitchen Abang Bomba' berkata dua anggota bertindak selaku tukang masak manakala selebihnya membantu menyediakan bahan mentah selain mengendalikan dapur di trak berkenaan.
"Kami bukanlah pakar memasak tapi di rumah sudah biasa masak untuk keluarga, jadi gunakan pengetahuan yang ada untuk menyediakan makanan itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lebih menarik, Shaharil berkata anggota terlibat telah menerima suntikan tifoid yang membolehkan mereka mengendalikan makanan sekiranya terlibat dengan mana-mana program atau karnival.
Mengenai hasil jualan, beliau berkata ia akan diserahkan kepada JBPM Kedah selaku tuan rumah jelajah itu dan harga jualan 50 sen sepinggan bertujuan membolehkan orang ramai berpeluang membeli makanan tersebut.
Beliau berkata pada hari pertama Jelajah AKM semalam, lebih 45 kilogram (kg) makanan yang dimasak terjual malah terdapat pelanggan sanggup beratur dalam hujan untuk merasa air tangan abang bomba.
Seorang pengunjung, Zuliaty Zulkiffli, 34, berkata pada awalnya beliau hairan melihat orang ramai beratur panjang di tepi trak makanan itu sebelum turut sama beratur bersama rakan-rakannya bagi membeli makanan panas yang dijual.
"Walaupun semua makanan dijual dengan harga yang sangat murah tetapi kualiti makanan tetap dijaga, rasa makanan yang mereka masak juga sedap dan berbaloi kami beratur panjang. Selain itu, kami turut dapat bergambar dengan abang-abang bomba yang 'sado' serta aset-aset JBPM," katanya.
Jelajah AKM Kedah yang berlangsung tiga hari mulai semalam di Stadium Darul Aman di sini adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Anggota terlibat menggunakan kemahiran berkenaan untuk memasak mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng yang dijual kepada pengunjung pada harga hanya 50 sen sepinggan. - Foto Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
MPS kaji cadangan beri permit sementara perniagaan trak makanan
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sedang mengkaji cadangan untuk memberikan permit sementara kepada orang ramai yang ingin menjalankan perniagaan trak makanan bersempena musim perayaan.
Trak makanan 'Fire Kitchen Abang Bomba' antara tarikan di Jelajah AKM Kedah
Mempraktikkan kemahiran asas memasak di rumah membolehkan lapan anggota bomba dari Selangor mempamerkan kehebatan beraksi di dapur.
Gagal patuh SOP: Tapak niaga trak makanan jambatan angkat Terengganu diarah tutup tujuh hari
Penutupan bermula hari ini hingga 15 Mei itu berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Peniaga 'food truck' cadang waktu operasi perniagaan makanan sehingga 12 malam
Pengusaha menyatakan rasa sukar untuk mengekalkan momentum perniagaan dalam tempoh mencabar sekarang.
Pahang benar kanak-kanak, warga emas makan di premis perniagaan
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata selain restoran, arahan itu turut terpakai kepada medan selera, pusat penjaja, gerai makanan di tepi jalan dan trak makanan di seluruh negeri.
PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.
DBKL benarkan trak makanan beroperasi di Jalan Raja
Keputusan berkenaan dicapai dengan bayaran deposit dikenakan sebanyak RM3,000 bagi setiap peniaga.
1,000 lesen perniagaan 'food truck' disasar dikeluarkan akhir tahun ini
Usaha Kementerian Wilayah Persekutuan merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.
Kerajaan mahu lebih ramai golongan muda berniaga 'Food Truck'
Kementerian Wilayah Persekutuan mahu lebih ramai golongan muda menceburi perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan ('food truck').
Demonstrasi aman peniaga tuntut k'jaan P.Pinang pulangkan trak makanan
Anggota Parlimen Belia Malaysia Pulau Pinang Mohamad Nazri Abdul Latif yang mewakili kumpulan itu mendakwa MBPP merampas trak makanan milik seorang peniaga cendol tanpa sebarang notis pemberitahuan.