awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transaksi perniagaan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf adalah sah, tidak mencurigakan - Saksi

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2024
14:17 MYT
Transaksi perniagaan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf adalah sah, tidak mencurigakan - Saksi
Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful (gambar), Ahmad Arabbi bersetuju bahawa transaksi itu adalah sah. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini yang mendengar kes pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan diberitahu bahawa kemasukan wang RM38,160 ke akaun Maybank milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd, dua tahun lepas adalah sah dan tidak mencurigakan.
Pegawai Maybank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Ahmad Arabbi Mustafa, 36, berkata merujuk kepada penyata akaun Malayan Banking Berhad atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd, kemasukan itu adalah menerusi transaksi perniagaan secara dalam talian pada 3 Nov 2022.
"Saya sahkan akaun semasa Maybank atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah dibuka pada 24 Jan 2007 di cawangan TTDI,” kata Ahmad Arabbi.
Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful, Ahmad Arabbi bersetuju bahawa transaksi itu adalah sah.
"Berdasarkan spesimen tandatangan bagi akaun ini, penandatangan yang dibenarkan adalah seramai lima orang," kata saksi pendakwaan ke-12 itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Dr Ifa Sirrhu Samsudin iaitu bagaimana beliau tahu transaksi itu adalah sah, Ahmad Arabbi menjawab "Sistem akan trigger jika ada transaksi-transaksi yang mencurigakan".
Wan Saiful, 49, berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta.
Topic Berkaitan
#kemasukan wang
#pengubahan wang haram
#wan saifull wan jan
#akaun maybank
#Sinar Karangkraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan