Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bertemakan ‘Transformasi Barisan Nasional (BN)’, menampilkan calon-calon baru seperti yang telah dijanjikan dan hampir separuhnya adalah muka baru.

Calon-calon tersebut terdiri daripada kelompok yang mempunyai kelulusan dan daripada golongan doktor, peguam, ulama, pegawai tinggi dan professor.

Oleh kerana faktor calon melebihi faktor parti, jadi kemenangan BN bergantung kepada bagaimana calon-calon boleh menarik perhatian pengundi .

Bagi membincangkan mengenai komposisi calon Barisan Nasional tersebut, Astro Awani bersama Penganalisis Politik Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.