PUTRAJAYA: Tranformasi kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan tahun ini akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berucap menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan satu individu untuk satu rekod bakal mempertingkatkan lagi kecekapan fasiliti kesihatan di semua peringkat.
"Inillah dia apa yang akan terhasil, empat hingga lima tahun lagi kita memperkasakan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia. Dengan memperkasakan rekod perubatan elektronik (EMR) atau LHR (rekod kesihatan sepanjang hayat)... kita dapat saksikan seluruh negara akan dihubungkan," katanya.
Dr Dzulkefly berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pemukiman Jemaah Menteri 2024 sebelum ini menekankan supaya KKM menyegerakan pelaksanaan setiap dasar dirancangkan.
"Fokusnya adalah pelaksanaan dan dengan itu, saya ambil semangat dan jadikan ia kata kunci teras amanat kali ini. Saya harapkan fokus dari pimpinan atasan, pemimpin pertengahan, peringkat negeri dan di seluruh negara," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita, Dzulkefly berkata bahagian kesihatan digital di KKM bakal ditubuhkan dalam usaha melancarkan lagi usaha transformasi kesihatan digital ketika ini.
"Ini cabaran bagi saya untuk lunaskan dan realisasikan cita-cita tahun ini," katanya.
Mengenai perkembangan situasi COVID-19, Dzulkefly berkata situasi wabak berkenaan kini terkawal dengan rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan kawalan kendiri dengan memakai pelitup muka sekiranya bergejala.
"Jangan ambil mudah, bila tahu ada potensi ledakan atau infeksi ambil tanggungjawab untuk jauhkan diri daripada terdedah terutama kalau kita adalah golongan rentan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Transformasi digital pastikan individu miliki satu rekod kesihatan sahaja - Dzulkefly
Tranformasi kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan tahun ini akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta.