MALAYSIA
Transformasi360 edisi terakhir bawa sinar bangkit untuk semua

Edisi tahun ini menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak serta negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. - Gambar RichWorks
KUALA LUMPUR: Dalam dunia yang penuh cabaran, bukan sahaja usahawan, malah golongan bekerja dan suri rumah turut berdepan tekanan hidup yang mencabar, antaranya disebabkan inflasi, peningkatan kos sara hidup dan tekanan ekonomi pascapandemik.
Sebagai solusi untuk memperbaharui semangat serta hala tuju hidup dan bisnes, program pembangunan diri Transformasi360: Bangkit Dalam Badai anjuran RichWorks kembali untuk edisi terakhir tahun ini, berlangsung pada 5 hingga 7 September 2025 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Center, Cheras.
Menurut Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks), Dr. Radz Mohd., Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, tetapi medan intensif selama tiga hari yang menyasarkan perubahan menyeluruh terhadap minda, emosi dan strategi hidup.
“Kita lihat terlalu ramai usahawan kini hampir tenggelam dengan cabaran seperti kos operasi meningkat, persaingan yang sangat kompetitif, pelanggan makin cerewet dan semangat makin menipis.“Transformasi360 bukan sekadar motivasi, ia adalah ‘peta’ jalan untuk reset semula minda, emosi dan strategi, supaya mereka bukan sahaja mampu bertahan, tetapi benar-benar bangkit semula,” katanya.
Tambah beliau, Transformasi360 bukan hanya untuk usahawan, malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengalami perubahan positif dalam kehidupan mereka tidak kira latar belakang sama ada sedang berniaga, bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa.

Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy Sdn. Bhd., Dr. Radz Mohd. - Gambar RichWorks
Edisi tahun ini menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak serta negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
Program intensif yang dikendalikan oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman ini akan bermula dari pagi hingga malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala hari terakhir Ahad berlangsung sehingga petang.
Ia menjanjikan pengalaman mendalam dan transformatif menerusi perkongsian strategi, kisah benar serta latihan yang terbukti berkesan.
“Bagi yang masih belum membuat keputusan, inilah peluang terakhir untuk bersama ribuan peserta lain sebelum tempat habis sepenuhnya.
“Ia bukan sekadar duduk mendengar ceramah, tetapi satu pengalaman intensif yang membuat peserta melihat diri, keluarga dan bisnes mereka dengan perspektif baru.
“Mereka juga akan ditunjukkan dengan kisah-kisah sebenar, transformasi dan perubahan dialami sendiri usahawan jutawan yang dulunya juga berdepan situasi sama dihadapi kebanyakan ramai orang di luar sana,” jelasnya.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar di laman sesawang rasmi: www.transformasi360.com.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami