awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
10/02/2025
04:00 MYT
Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Hanif menunjukkan ‘dummy buckle’ yang digunakan pemandu dan penumpang kenderaan bagi menghentikan bunyi penggera amaran di dalam kenderaan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Penggunaan alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar atau 'dummy buckle' dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan sempurna oleh pemilik kenderaan dilihat menjadi trend semakin membimbangkan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata ini berikutan notis tertinggi yang dikeluarkan pada Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) adalah bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, iaitu 195 kesalahan dengan lebih 30 peratus daripadanya menggunakan aksesori berkenaan.
"Kita dapati pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera (jika tidak memakai tali pinggang keledar) dengan alasan tidak selesa dan terlupa, namun itu adalah kesalahan besar kerana boleh mengundang bahaya jika berlaku kemalangan.
"Penggunaan aksesori itu dilihat semakin meluas dan menjadi trend. Itu petanda kurang baik yang perlu diberi perhatian segera," katanya kepada pemberita selepas operasi khas sempena TBC di Plaza Tol Senawang semalam.
Sementara itu Hanif Yusabra berkata dalam operasi khas itu juga anggota penguatkuasanya membuat pemantauan ke atas 70 bas dengan cara menyamar sebagai penumpang, dan mendapati tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan pemandu kenderaan tersebut semakin meningkat.
Bagaimanapun beliau berkata masih ada pemandu melakukan beberapa kesalahan seperti memandu di lorong kanan berterusan iaitu 31 kes, menurunkan dan mengambil penumpang di tempat tidak dibenarkan (12 kes), tiada pemandu kedua (10 kes), menggunakan telefon bimbit (tiga kes), merokok (dua kes) dan tidak menyelenggara buku log (empat kes).
Beliau berkata pemeriksaan dan audit pematuhan operasi perkhidmatan bas di terminal pula menyaksikan 24 bas diambil tindakan dengan 38 notis dikeluarkan kerana ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan 12 notis di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dummy buckle
#Hanif Yusabra Yusuf
#JPJ
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan