KUALA LUMPUR: Trend mengubah suai motosikal dengan menanggalkan brek belakang semakin membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan kenderaan dua tayar berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengesan sebanyak 83 motosikal yang tidak mempunyai brek belakang dalam Operasi Motosikal/Samseng Jalanan di sekitar ibu negara, Sabtu lepas.
"Dalam operasi sebelum ini, hanya terdapat satu, dua kes sahaja bagi kesalahan mengubah suai motosikal (tiada brek belakang), namun dalam operasi yang dilakukan baru-baru ini, sebanyak 83 kes berjaya dikesan dan keadaan ini sangat membimbangkan.
"Perbuatan itu bukan hanya berbahaya kepada penunggang motosikal itu sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain," katanya pada sidang media operasi terbabit di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya akan memastikan masalah itu ditangani sebaik mungkin dengan melakukan operasi setiap hari dan minggu supaya trend ini dapat disekat daripada berleluasa.
Sarifudin berkata dalam operasi yang sama, sebanyak 633 saman lain juga telah dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada cermin sisi dan cukai jalan tamat tempoh.
Sementara itu, Sarifudin memaklumkan sebanyak 188 kes kemalangan maut direkodkan di Kuala Lumpur sejak awal tahun ini hingga 18 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Sarifudin (tengah) melihat motosikal yang disita selepas mengadakan sidang media mengenai Operasi Motosikal/Samseng Jalanan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur hari ini. - Bernama
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
967 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu fokus ubah suai motosikal, samseng jalanan
Sebanyak 967 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.
Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan
Trend mengubah suai motosikal dengan menanggalkan brek belakang semakin membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan kenderaan.
'Datang KL untuk 'test' motosikal'
Seorang mekanik sanggup datang ke ibu negara dari Puchong, Selangor bersendirian untuk menguji kelajuan motosikal yang diubah suai.
Ubah suai motosikal bantu pindah mangsa banjir
Seorang anak muda dari Kampung Bawah Lembah, Gual Periok di sini menggunakan kreativiti dengan mengubah sebuah motosikal untuk digunakan meredah air bagi membantu mangsa banjir.
21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti
JPJ negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal.
120 ditahan jadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang litar lumba haram
Sejumlah 86 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal motosikal dan 30 pemandu kereta.
817 saman dikeluarkan menerusi Op Khas-Ekzos Bising
Kesemua saman terhadap individu berumur antara 13 dan 22 tahun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 4,440 kenderaan.
Sudahlah langgar PKPB, lumba haram pula... 108 disaman
Padah menimpa apabila Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Yan bertindak menyerbu lokasi perlumbaan mereka di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka pada lewat petang Selasa.
Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita
Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.