Baru-baru ini berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2016 yang bertemakan ‘Glamour Futuristic’. Keesokan harinya pula, berlangsung satu lagi acara tahunan berprestij yang dinantikan seluruh dunia, tidak lain dan tidak bukan, The Oscar 2016 yang ke-88.

Mari kita lihat 5 kontroversi menarik mengenai kedua-dua acara hiburan ini.

  1. Suasana Majlis - Peminat yang berada AME 2016 kelihatan fanatik dan obses malah ramai juga yang menari sambil tidak segan-silu menyentuh selebriti ketika membuat persembahan atau memenangi anugerah. Berbeza dengan Oscar, acara ini lebih tertutup dan formal. Baik penyampai anugerah, pemenang mahupun penonton, mereka kelihatan lebih relaks.
  2. Kontroversi Kemenangan - Kemenangan Ayda Jebat mendapat kritikan hebat daripada netizen menerusi media sosial. Ramai beri komen supaya memberi peluang kepada artis lain untuk memenangi anugerah tersebut. Kemenangan Leornardo Dicaprio pula menerima komen positif yang memberangsangkan daripada peminat dan penggiat industri. Ucapannya juga bernas, bijak dan bersifat global.
  3. Tema Pakaian - Tidak dinafikan pakaian penting ketika menghadiri majlis. Di Hollywood, tiada had untuk berfesyen tidak kira ia terdedah atau tidak.. Jika dilihat, gaya red carpet selebriti Hollywood ringkas tapi tampak classy dan kemas. Lebih baik kelihatan kemas daripada menggayakan sesuatu yang pelik dan serabut.
  4. Ringkas dan Tidak Kusut - Ada yang menyatakan AME 2016 acaranya agak tidak teratur kerana banyak perkara yang mahu dihighlight. Berbeza dengan Oscar mereka lebih memberatkan penghargaan buat penggiat seni yang diraikan oleh majlis.
  5. Sokongan Artis - Di Malaysia, artis yang memenangi anugerah tidak diraikan sepenuhnya. Contohnya, tiada artis lain yang sama-sama bertepuk tangan tanda sokongan. Berbeza dengan kelompok artis Hollywood, mereka sama-sama gembira dan bersorak meraikan kemenangan rakan-rakan artis yang lain.
OSCAR.jpgAME-D2.jpg