PAROI: Negeri Sembilan memuktamadkan kejuaraan Liga Perdana 2021 selepas 10 tahun kemarau trofi dengan menundukkan PDRM 4-2 di Stadium Paroi, semalam.
Kejayaan manis itu juga dirakam selepas tiga musim berjuang dalam divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M).
Gol daripada R Baratkhumar dan jaringan sendiri oleh Eskandar Ismail dalam separuh masa pertama memberi kelebihan awal buat skuad kendalian anak jati, K Devan, itu sebelum penyerang import, Alain Akono, menjadikan kedudukan 3-0 sebaik seminit melewati sejam permainan.
Namun, dua jaringan dalam masa lapan minit daripada oleh pemain PDRM, D Ganasan dan Azrie Reza Zamri, selepas itu sama sekali tidak menggugat misi skuad Jang untuk muncul juara apabila mereka menambah satu lagi gol untuk kembali melebarkan kedudukan 4-2.
Dua minit selepas Azrie menggegar gawang lawan pada minit ke-74, larian deras Fahmi Faizal mengukuhkan lagi kelebihan Negeri Sembilan.
Tuan rumah seharusnya bertambah selesa tetapi penjaga gol The Cops, Hamka Daud, dapat menduga dengan tepat sepakan penalti ketua pasukan, Zaquan Adha Abdul Radzak, ke sudut kiri pintu golnya.
Dua lagi pencabar terdekat, Sarawak United dan Terengganu II, pula gagal mencatat mata penuh pada malam ini.
Sarawak United terpaksa akur berkongsi mata dengan Johor Darul Ta'zim II yang bangkit menerusi gol Stuart Wilkin pada minit ke-84 untuk memadam jaringan Uche Agba seawal minit ke-4.
Hasrat Terengganu II untuk melakar kejutan juga tidak kesampian apabila tumbang 0-1 dalam kunjungan ke Kelantan United.
Keputusan lain:
Kuching City 2 Perak II 0
Astro Arena
Tue Sep 21 2021
Pasukan Negeri Sembilan meraikan kejuaraan selepas dinobatkan Juara Liga Perdana 2021 di Stadium Tuanku Abdul Rahman. - Foto BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.