Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membayangkan 'tsunami Islam' dijangka berlaku menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (P{RU14) nanti dengan kebangkitan rakyat untuk mengundi calon yang aspirasi mereka adalah untuk menegakkan agama Islam.
Katanya, rakyat sanggup memberi undi kepada PAS bagi membolehkan parti itu memainkan peranan lebih besar terutama sekali diperingkat Parlimen dan juga PAS dapat menguasai negeri-negeri.
"Apabila kita dapat menguasai negeri-negeri iaitu sebanyak empat negeri hingga lima negeri yang kita sasarkan maka arus Islam itu yang digerakkan, bukan hanya oleh akar umbi rakyat ini bahkan negeri juga, dapat memperkenalkan sistem pemerintahan yang lebih Islamik.
"Akhir sekali, ia menjadi contoh yang baik diperingkat Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-34 di Hotel MH Sungai Siput pada Ahad.
Beliau memberikan contoh PAS yang sudah memerintah negeri Kelantan selama 27 tahun PAS mampu memberi tip-tip yang baik yang walaupun kecil tetapi ditiru banyak oleh kerajaan pusat.
"Sejak zaman Tun Dr Mahathir sampai sekarang, apatah lagi kalau kita dapat kerusi banyak negeri lagi, sudah pasti kita mampu mencipta arus rakyat ini yang bersetuju untuk mengambil Islam sebagai satu cabaran,” katanya.
Astro Awani
Sun Apr 02 2017
NIK ABDUH: PAS mampu memberi tip-tip yang baik yang walaupun kecil tetapi ditiru banyak oleh kerajaan pusat.
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.