awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Ibrahim pelik PM Anwar batalkan projek tebatan banjir

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/03/2023
05:14 MYT
Tuan Ibrahim pelik PM Anwar batalkan projek tebatan banjir
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN - Kubang Kerian) hairan apabila Perdana Menteri mengumumkan penjimatan kira-kira RM2 bilion selepas enam projek tebatan banjir ditamatkan. - Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN - Kubang Kerian) hairan apabila Perdana Menteri mengumumkan penjimatan kira-kira RM2 bilion selepas enam projek tebatan banjir ditamatkan.
Beliau bertanya, bagaimana boleh adanya penjimatan sedangkan projek tersebut belum lagi bermula?
“Saya rasa pelik sebab projek yang nak ditamatkan ini belum mula, belum laksana, belum ada Surat Setuju Terima, belum lantik kontraktor.
“Bagaimana kerajaan tiba-tiba nak umum tamat perkara yang belum mula…yang peliknya umum penjimatan.
“Saya fikir kalau kita tunda projek tersebut, bukan penjimatan (dapat dicapai) tapi kerajaan berdepan kerugian pula,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan isu penamatan kontrak itu kepada Dewan Rakyat.
Datuk Rosol Wahid (PN - Hulu Terengganu) kemudian mencelah, menyatakan Perdana Menteri mungkin tidak faham apa yang dikatakan beliau berhubung isu tersebut.
“Projek tebatan banjir, setuju atau tidak apa yang dicakapkan PM mungkin tak faham apa yang diperkatakan atau tidak faham macam 'burung tiung' bercakap?” soal Rosol.
“Burung tiung itu saya setuju, sebab dia pun tak faham apa yang dia cakap.
“Dewan kena dapatkan penjelasan yang jelas tentang isu ini,” balas Tuan Ibrahim.
Sidang Parlimen | Tuan Ibrahim pelik Anwar batalkan enam projek tebatan banjir
Anwar pada 6 Disember 2022 mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dibatal dan dihentikan serta-merta kerana tidak mematuhi peraturan serta diluluskan secara rundingan terus.
Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula kelulusan itu bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.
Begitupun, pada 24 Februari lepas, Astro AWANI melaporkan kerajaan akan menilai semula tender kerajaan membabitkan projek-projek tebatan banjir bagi memastikan proses yang berjalan akan dilaksanakan secara telus.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mengeluarkan semula tender bagi enam projek tebatan banjir selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#tebatan banjir
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan