SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir menzahirkan rasa bangga atas kejayaan kerajaan negeri mencatatkan pelaburan RM5.8 bilion pada tahun lepas di sebalik krisis pandemik COVID-19.
Tuanku Muhriz bertitah kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun telah memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda utama kerajaan dan pencapaian itu juga melebihi sasaran RM5 bilion ditetapkan termasuk 3,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.
"Justeru, inisiatif baharu dan aktiviti tambah nilai menerusi penggunaan automasi dan teknologi untuk memajukan sektor perladangan, komoditi, pekebun kecil, pertanian dan industri makanan perlu dipercepatkan pelaksanaannya.
"Sektor ini sangat berpotensi untuk penciptaan sumber kekayaan baharu di samping berupaya menjamin sekuriti dan nutrisi makanan negeri dan negara," titah baginda dalam ucapan Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.
Istiadat perasmian yang dihadiri 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu mempraktikkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
Baginda bertitah kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu memainkan peranan untuk membantu petani, penternak dan peladang dari segi penambahbaikan infrastruktur.
Tuanku Muhriz berkata MAFI juga perlu mengawal harga input pertanian dan penternakan serta mempergiat penggunaan jentera moden untuk meningkatkan hasil pengeluaran.
"Negara menanggung kos mengimport makanan sehingga RM63.6 bilion pada tahun lepas perlu diteliti dalam pelbagai aspek, tidak seharusnya menyalahkan dasar kerajaan negeri semata-mata," titah baginda.
Baginda bertitah kerajaan negeri sentiasa memberikan kerjasama dengan semua pihak termasuk menyediakan tanah untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian demi meningkatkan bukan sahaja taraf hidup rakyat, tetapi juga bekalan sumber makanan.
Baginda turut menekankan kerajaan negeri perlu memfokuskan usaha dalam peningkatan daya saing negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan dengan menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan.
Titah baginda, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan kawasan perindustrian sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan kondusif bagi memenuhi keperluan operasi sesebuah perusahaan.
Selain itu, persekitaraan mesra digital serta penggunaan automasi dan teknologi tinggi boleh menjadi tarikan kepada pelabur untuk beralih daripada industri berintensifkan buruh kos rendah kepada industri berteknologi tinggi dan seterusnya berupaya mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing.
Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa bangga menerusi kejayaan negeri itu menjadi antara tiga 'Negeri Bahagia' di Malaysia apabila kesemua PBT di Negeri Sembilan mendapat markah melebihi 80 peratus hasil Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 oleh PLAN Malaysia.
Sementara itu, Tuanku Muhriz bertitah kerajaan negeri terus komited memperkukuh ekonomi rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri menerusi Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021- 2025 yang menjadi pelan jangka sederhana bagi pembangunan ekonomi negeri.
Titah baginda RPNS 2021-2025 menumpukan dalam bidang makroekonomi dan fiskal negeri, Keusahawanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), modal insan, penggunaan sumber alam dan tumpuan kepada sektor bernilai tinggi.
Tuanku Muhriz berharap kerajaan negeri berusaha mengemas kini undang-undang bertulis berkaitan pemegangan tanah adat melalui penggubalan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2022 yang akan dibentangkan pada persidangan DUN kali ini.
"Diharapkan dengan penggubalan Rang Undang-Undang ini, pembangunan menyeluruh akan dapat dilaksanakan terhadap tanah adat dan tanah lingkungan di negeri ini," titah baginda.
Selain itu, Tuanku Muhriz turut mengingatkan seluruh rakyat di negeri ini terutamanya beragama Islam di pelbagai peringkat dan lapisan, supaya tidak menjadikan rumah ibadat sebagai medan politik perpecahan yang merosakkan pengurusan dan pentadbiran Islam di negeri ini.
Buat pertama kali, kerajaan negeri bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (Nesda) bagi penyediaan petugas bahasa isyarat sepanjang empat hari persidangan DUN berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir ( duduk tiga, kiri) ketika bertitah merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, ke-14, hari ini. - Foto BERNAMA
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Bola sepak: Perbaiki tadbir urus emosi, kebencian di media sosial
Apa yang diperlukan dalam komuniti sukan, khususnya bola sepak ketika ini ialah tadbir urus dalam hal berkaitan emosi dan kebencian di media sosial.
KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
Kementerian Pembangunan, Usahawan,dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin sebagai satu bentuk sokongan kepada masyarakat itu.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
KUSKOP saran YBR kerjasama dengan UKKM
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bekerjasama dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) bagi menawarkan pembiayaan dan biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi itu.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Ada pihak cuba ganggu-gugat kestabilan kerajaan - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.
Tuanku Muhriz bangga N. Sembilan catat pelaburan RM5.8 bilion tahun lepas
Pencapaian itu juga melebihi sasaran RM5 bilion ditetapkan termasuk 3,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.
Sidang DUN Negeri Sembilan berlangsung 30 minit
Persidangan DUN yang diadakan sehari sahaja itu juga berlangsung tanpa sebarang perbahasan serta soal jawab daripada ahli dewan.