KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Pemerintahan Medan Barat (71 RSDPMB) di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Istiadat perbarisan yang melibatkan 4 Detasmen terdiri daripada 23 pegawai dan 336 anggota lain-lain pangkat itu turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan memaklumkan pemilihan tarikh hari ini berdasarkan tarikh penubuhan pasukan iaitu pada 7 Julai 1981, menyaksikan pasukan berkenaan kini genap 43 tahun.
"Istiadat ini merupakan tanda penghormatan dan penghargaan terhadap kesetiaan, kebaktian dan pengorbanan dalam mempertahankan kedaulatan raja dan negara.
"Fungsi dan identiti panji-panji juga sebagai lambang, simbol kemegahan dan keunggulan sesuatu unit bagi mengekalkan semangat juang, keberanian, keazaman, kegigihan serta daya tahan mental dan fizikal pasukan terutamanya di medan tempur," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu Tuanku Muhriz selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja menzahirkan perasaan amat berbangga dengan prestasi cemerlang rejimen itu dan menaruh sepenuh kepercayaan bahawa tahap kecemerlangan itu akan dikekalkan.
"Ikrar yang dilafazkan hendaklah dipenuhi bagi memastikan Malaysia sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman. Peranan setiap anggota penting dalam menyokong agenda pembinaan negara dan bangsa serta (sentiasa) bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang mendatang," titah baginda.
Menurut TDM, Panji-Panji Rejimen itu dianugerahkan pada 5 Jun 2004 di Dataran Merdeka di sini bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Ia menjadikan Panji-Panji Rejimen itu berusia 20 tahun dengan Armed Forces Council Federations (AFCI) 1960 menyatakan pertukaran panji-panji boleh dibuat setelah berusia 15 tahun.
"Kelulusan pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB telah dipersetujui Lembaga Pemeriksaan yang diketuai Wakil Sel Rejimental Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Istiadat perbarisan yang melibatkan 4 Detasmen terdiri daripada 23 pegawai dan 336 anggota lain-lain pangkat itu turut dihadiri Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan. - Gambar FB Tentera Darat Malaysia
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
Video tersebut tak ada sangkut paut dengan saya - Sanusi
Beliau berkata, video tular yang memaparkan sambutan yang dikaitkan dengan dirinya itu adalah tidak benar.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.