PENASIHAT DAP Lim Kit Siang menyarankan penubuhan sebuah Jawatankuasa Penyiasat Diraja (RCI) untuk mendedahkan sepenuhnya rancangan yang beliau panggil "Week of Long Knives Operation" pada Julai 2015.
Operasi itu dikatakan menyerang prinsip demokrasi berperlembagaan dan melumpuhkan kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara.
Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam usaha untuk melenyapkan skandal 1MDB, merancang operasi dari pelbagai sudut bagi menyerang prinsip demokrasi yang penting di Malaysia seperti kedaulatan undang-undang.
Beliau mendakwa Najib juga menyerang doktrin pemisahan kuasa, tadbir urus dan integriti awam yang baik di samping melakukan serangan bersistematik ke atas kebebasan, keadilan dan profesionalisme institusi-institusi utama seperti Parlimen, Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara.
"Rakyat Malaysia berhak untuk tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh 'Week of Long Knives Operation' pada minggu terakhir Julai 2015 bila negara heboh dengan khabar angin bahawa Peguam Negara akan mendakwa (bekas) perdana menteri Najib atas amalan rasuah berkaitan skandal 1MDB.
"Namun, dengan tiba-tiba pada 28 Julai, 2015, Najib melancarkan serangan dan Peguam Negara Gani Patail dipecat, Mohamad Apandi Ali meletak jawatan dari Mahkamah Persekutuan dan mengangkat sumpah sebagai Peguam Negara baharu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dipecat.
"Institusi negara seperti Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara dilumpuhkan dan 'dijinakkan' dengan pembubaran Pasukan Petugas Khas mengenai 1MDB," kata Lim dalam satu kenyataan.
Di samping itu, Lim mendakwa Najib telah meletakkan Malaysia di tahap reputasi antarabangsa paling rendah oleh kerana perbuatannya yang dikutuk oleh dunia sebagai 'global kleptokrasi'.
Khamis lepas, Lim mengumumkan menarik diri dari berdebat dengan Najib kerana bimbang program itu akan bertukar menjadi konflik antara orang Melayu dan Cina.
Lim berkata Najib mendakwa 'kemenangan moral besar' baginya kerana debat itu batal.
Bagaimanapun, Lim berkata Najib hanya membuktikan politiknya yang muflis dan sikapnya yang tidak bermoral bila beliau mendakwa demikian sedangkan selama beberapa tahun ini beliau membisu tentang global kleptokrasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019
KIT SIANG: Rakyat Malaysia berhak untuk tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh 'Week of Long Knives Operation'. - gambar hiasan
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.