KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat beberapa perkara yang dibangkitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya "My Story: Justice in the Wilderness".
Desakan itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyenaraikan tujuh asas yang beliau dakwa mewajarkan penubuhan RCI itu.
“Berpandukan kepada tujuh asas tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan segera menubuhkan sebuah RCI bagi menyiasat segala salah laku dan isu-isu yang dibangkitkan di dalam buku bekas Peguam Negara tersebut.
“Ini penting bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak sesekali terhakis terhadap badan-badan yang terlibat dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang negara,” katanya menerusi akaun Facebook beliau pada Jumaat.
BACA: Tommy Thomas langgar sumpah jawatan - Ahmad Zahid
BACA: JALSOA bantah penulisan Tommy Thomas hina pegawai undang-undang
Berikut adalah asas dikongsikan Asyraf Wajdi:
1. Penyalahgunaan Kuasa dalam Isu Perlantikan Hakim
Tommy Thomas mengakui terlibat di dalam mempengaruhi pemilihan dan penetapan Hakim-Hakim Kanan termasuklah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak serta Hakim Mahkamah Persekutuan melalui beberapa siri perbincangan beliau bersama Perdana Menteri sedangkan beliau bukan Ahli Suruhanjaya Pelantikan Hakim.
Ini jelas melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Akta 695) 2009.
2. Kebebasan Badan Kehakiman
Berikutan pendedahan Tommy Thomas juga, siasatan RCI juga harus disekalikan dengan dakwaan salah laku kehakiman yang terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer pada tahun 2019 sebagaimana desakan yang sama dibuat SUARAM.
3. Campur Tangan Badan Eksekutif Melampau dalam Badan Pengadilan
Pendedahan Tommy Thomas juga menzahirkan wujudnya campur tangan yang jelas Perdana Menteri Ke-7 Tun Mahathir Mohamed ke dalam badan pengadilan dan kehakiman. Ini jelas bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Pendakwaan Terpilih dan Bersifat Politik
Tommy Thomas melakukan pendakwaan terpilih secara tidak adil apabila beliau bertindak menggugurkan pendakwaan bahkan menarik balik kes yang sedang dibicarakan melibatkan kes rasuah pemimpin tertinggi Lim Guan Eng walaupun agensi penguatkuasaan SPRM mengakui mereka mempunyai kes terhadap bekas Menteri Kewangan itu.
Ini tidak termasuk sejumlah besar kes-kes lain yang ditarik balik melibatkan pimpinan PH seperti R Sivarasa, Rafizi Ramli, N Surendran, Thomas Su Keong Siong, Hassan Karim dan ramai lagi.
BACA: Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Thomas juga bertindak menghentikan prosiding undang-undang ke atas 12 individu termasuk dua pimpinan DAP yang didakwa menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) walaupun pihak PDRM mempunyai kes terhadap mereka.
5. Pelanggaran Sumpah Kerahsiaan
Tommy Thomas melanggar Sumpah Kerahsiaan Jawatan dan Akta Rahsia Rasmi (Akta 88) 1972 dengan mendedahkan kepada umum di dalam bukunya mengenai isi kandungan perbincangan dan konsultasi beliau selaku Peguam Negara bersama Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang diklasifikasikan sebagai sulit.
BACA: Mohamed Apandi buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
6. Perlanggaran Etika Untuk Melobi Jawatan Peguam Negara
Tommy Thomas mengakui bahawa beliau 'melobi' jawatan Peguam Negara sejak dari sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013.
Beliau juga mengakui telah mendapatkan sokongan mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi jawatan ini dan memaklumkan kepada YABhg Tun Dr Mahathir selepas kemenangan PRU - 14 pada tahun 2018.
Beliau juga secara langsung ataupun tidak menzahirkan kecenderungan politik beliau hingga mencairkan prinsip keadilan dalam melakukan pendakwaan terpilih bersifat politik terhadap pemimpin-pemimpin yang berbeza ideologi politik dengan beliau.
7. Penghinaan Kepada Institusi Perundangan Negara
Tommy Thomas jelas memperlekeh dan mendakwa pegawai-pegawai undang-undang yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai terlalu birokratik, makan gaji, dan tidak mempunyai komitmen, kompetensi dan semangat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Dakwaan ini amat serius hingga mampu memberi impak negatif daripada kaca mata rakyat terhadap badan perundangan negara yang seharusnya menjadi benteng keadilan buat mereka.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021

Asyraf Wajdi menyenaraikan tujuh asas yang beliau dakwa mewajarkan penubuhan RCI itu. -Gambar fail

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

Mara sedia bimbingan, pembiayaan perniagaan tanpa mengira parti - Asyraf Wajdi
Program bimbingan dan pembiayaan perniagaan di bawah Mara untuk melahirkan usahawan bumiputera dilakukan tanpa mengira parti.

Pemilihan UMNO: Anak MB antara muka baharu terpilih ketuai pemuda bahagian di Perak
Anak Menteri Besar Perak Ahmad Syahir Saarani, merupakan antara tujuh muka baharu Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sam Adnan membuat permohonan maaf berhubung video dakwaan cubaan curi kertas undi ketika proses pengiraan bagi pemilihan jawatankuasa sayap pada Ahad.

Hairi sah menang Naib Ketua Pemuda UMNO
ADUN Larkin itu menang tipis dengan 87 undi menewaskan pencabarnya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang memperoleh 84 sokongan.

Petinju negara Ketua Pemuda UMNO Iskandar Puteri baharu
Jawatan itu sebelumnya disandang Mohd Akmal Melan yang kini menjadi calon Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia.

Saifful Pungot Ketua Pemuda UMNO Labuan baharu
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir
Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini.

Mohd Rafi Ketua UMNO Labuan baharu
Mohd Rafi, 45, turut mengisytiharkan bertanding bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.

Pemilihan UMNO: Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.

Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.