Airbus Military dijangka menyerahkan pesawat A400M pertama Malaysia pada 2015, manakala tiga lagi yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan tiba pada 2016, demikian menurut
syarikat itu hari ini.
Ketua Perhubungan Media Airbus Military Maggie Bergsma berkata TUDM telah terlibat dengan program itu sejak dari peringkat awal dan mengambil bahagian sepenuhnya dengan pasukan Airbus Military sebagai persiapan penyerahan berkenaan dan penggunaan pesawat itu ke dalam perkhidmatannya.
"Bagi semua pelanggan kami, peralihannya adalah daripada teknologi lama kepada teknologi utama A400M.
"Sistem A400M FISS (Full In Service Support) kami direka untuk menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan pelanggan bagi operasi pesawat dan kami kini dalam perbincangan dengan Malaysia mengenai hal ini untuk memastikan bahawa semuanya siap semasa penghantaran," kata Bergsma.
Tentera Udara Perancis merupakan yang pertama menerima A400M, pesawat pengangkut tentera paling serba boleh di dunia yang direka untuk memenuhi keperluan peralatan tentera moden, pada majlis yang diadakan di Airbus Military Delivery Centre di sini pada Isnin.
Pesawat A400M dapat melaksanakan misi yang sebelum ini perlu dilaksanakan oleh dua atau lebih jenis pesawat, memenuhi keperluan paling pelbagai dalam tentera udara dunia pasukan dan organisasi lain pada abad ini.
Beliau berkata permulaan perkhidmatan pesawat A400M akan menandakan perubahan dalam misi ketenteraan dan kemanusiaan.
"Kepelbagaian fungsi A400M membolehkan sebuah pesawat tunggal melakukan kerja yang sebelum ini memerlukan tiga pesawat. A400M boleh membawa muatan lebih besar dengan lebih cepat, lebih jauh dan dekat ke mana-mana yang diperlukan berbanding mana-mana pesawat pengangkut lain yang terdapat di
pasaran.
"TUDM bukan sahaja akan mempunyai tiga pesawat dalam satu dengan setiap A400M, tetapi juga mempunyai pesawat yang boleh melakukannya lebih baik daripada ketiga-tiga itu.
Ini sudah tentu satu perubahan. Dan satu perubahan untuk kebaikan," katanya ketika ditanya mengenai bagaimana pesawat baharu itu akan melengkapkan kumpulan pesawat sedia ada TUDM.
Semasa ditanya tentang kerjasama syarikat dengan Kerajaan Malaysia dalam membangunkan pesawat A400M itu, Bergsma berkata Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) mengambil bahagian dalam reka bentuk dan pembuatan beberapa komponen struktur komposit sekunder pesawat.
"CTRM kini merupakan satu-satunya sumber komponen berkenaan, terutamanya bahagian ekor mendatar yang lengkap, pintu gear pendaratan dan panel akses kepada sayap dan beberapa nasel penutup atas sambungan struktur pesawat yang berfungsi melancarkan pengaliran arus udara," katanya.
Pesawat A400M itu dilancarkan 10 tahun lalu sebagai respons kepada keperluan gabungan tujuh negara Eropah yang bersatu semula dalam Pertubuhan Kerjasama Persenjataan Bersama (OCCAR).
Negara-negara itu ialah Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki dan United Kingdom yang membantu membiayai kos projek dan Malaysia merupakan pelanggan eksport pertama rantau ini.
Pesawat A400M mampu melaksanakan misi taktikal langsung kepada keperluan dan strategik jarak jauh atau logistik, dan juga boleh bertindak sebagai 'kapal tangki' yang boleh mengisi bahan api pesawat semasa di udara.
Bernama
Fri Oct 04 2013
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
A400M TUDM pesawat pengangkut terbesar berjaya mendarat di Palu
Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri kira-kira 4.50 petang waktu tempatan.
Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat
Pegawai Memerintah 22 Skuadron Leftenan Kolonel Baharin Mohamad berkata keputusan supaya pesawat itu tidak mendarat di Palu dibuat atas faktor keselamatan.
Mat Sabu teruja naik pesawat tentera balik kampung
Pengalaman baharu menaiki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Airbus A400M daripada 22 skuadron adalah suatu yang mengujakan buat Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Semakan Bajet 2016 tidak jejaskan pemerkasaan ATM - Hishammuddin
Semakan semula bajet 2016 tidak akan menjejaskan perancangan untuk memperkasa kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Hishamuddin sahkan penggantungan pesawat Airbus tentera
Menteri Pertahanan itu mengesahkan bahawa operasi Airbus A400M tentera Malaysia dihentikan sementara waktu berikutan nahas membabitkan pesawat pengangkut jenis yang sama di Seville, Sepanyol.
Pesawat tentera terhempas di Sepanyol, 3 maut
Pesawat tentera Airbus A400M yang membawa di antara lapan hingga 10 orang terhempas berhampiran Seville di selatan Sepanyol pada Sabtu ketika ujian penerbangan.
TUDM akan terima pesawat A400M pada 2015
Airbus Military dijangka menyerahkan pesawat A400M pertama Malaysia pada 2015, manakala tiga lagi yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan tiba pada 2016.