awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak

Bernama
Bernama
10/02/2025
09:30 MYT
TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak. - Foto TUDM
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bekalan makanan itu berupa 2,000 kotak makanan sedia dimakan atau ready to eat food (RTEF), sumbangan zakat Tabung Haji di bawah Misi Bantuan Banjir Sarawak.
"Penghantaran melalui penerbangan komunikasi logistik pesawat C130H dari Nombor 14 Skuadron telah berlepas pada 1 tengah hari tadi dari Pangkalan Udara Subang.
"Bekalan makanan ini dihantar ke dua tempat di Sarawak iaitu Kuching dan Miri, seterusnya diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan bencana yang terlibat oleh pihak YFBM dan agensi pengurusan bencana negeri," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan misi penghantaran itu diketuai Mej Muhammad Syahmin Abd Rahim selaku juruterbang dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin serta enam anak kapal yang lain.
"Turut sama dalam misi ini ialah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim (CPOM APMM) Lt Kol Mohd Amir Alias dan Ketua Pegawai Operasi YFBM Puteri Fazlieznoor Yahaya bersama dua petugas YFBM.
"TUDM akan terus komited dalam mendukung usaha dan kerjasama bersepadu semua pihak dalam membantu menyalurkan bantuan bagi memastikan kesejahteraan rakyat," menurut kenyataan itu.
Misi bantuan penerbangan itu juga sebahagian daripada inisitatif Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) yang dilaksanakan TUDM dalam membantu negara dan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#bekalan makanan
#bantuan
#mangsa banjir
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan