awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM terima helikopter AW 139 ganti Nuri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/02/2022
11:23 MYT
TUDM terima helikopter AW 139 ganti Nuri
Hishammuddin berkata, perolehan Helikopter AW 139 secara sewaan itu adalah bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan keupayaan ATM. - Gambar/ Astro AWANI
BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima empat helikopter AW 139 yang bakal digunakan dalam operasi udara bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61 Nuri yang ditamatkan perkhidmatannya pada 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, helikopter tersebut diperolehi secara sewaan dari sebuah firma swasta sebagai langkah jangka pendek bagi menggantikan Nuri yang digunakan sejak 50 tahun lalu di samping 12 helikopter EC 725 yang digunakan ketika ini.
Katanya, ketika ini, TUDM sudah menerima tiga helikopter tersebut dan akan diikuti sebuah lagi pada Mei depan.
Katanya, penerimaan helikopter AW 139 adalah berkonsepkan 'Government Operate, Company Own and Maintain' (GOCOM) daripada Westar Aviation Services Sdn Bhd.
Kata Hishammuddin, perolehan Helikopter AW 139 secara sewaan itu adalah bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan keupayaan ATM.
"Keberadaan helikopter AW 139 ini akan mengurangkan sedikit sebanyak penggunaan helikopter EC 725 dalam latihan dan operasi. Sebab AW ini dapat digunakan untuk keperluan-keperluan lain untuk melegakan EC 725 yang sedia ada.
"Ia juga bertujuan mengekalkan kompetensi anak kapal helikopter Nuri kita yang telahpun tamat operasi sebelum ini," katanya.
Hishamuddin berkata demikian pada Majlis Pengenalan Pesawat AW 139 di No 3 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth (PUB), Pulau Pinang, pada Khamis.
Beliau yang diiringi Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad turut dibawa menaiki helikopter tersebut selama 20 minit.
TUDM: Operasi helikopter Nuri ditamatkan
Mengulas lanjut, jelas beliau, di bawah konsep GOCOM, kesemua kos menyelenggara pesawat akan ditanggung oleh syarikat yang menyewakan helikopter tersebut.
Mengulas lanjut, katanya kaedah sewaan itu lebih menjimatkan kos berbanding pembelian helikopter baharu, malah membolehkan TUDM memanfaatkan aset yang diperlukan dalam tempoh masa yang lebih cepat.
Bagaimanapun, menurut Hishamuddin, selain sewaan, pembelian helikopter baharu turut berada dalam perancangan masa hadapan TUDM.
Topic Berkaitan
#TUDM
#helikopter Nuri
#Helikopter AW 139
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan