awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduh aktivis GSF sebagai 'pengganas', itu biadab - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/10/2025
08:50 MYT
Tuduh aktivis GSF sebagai 'pengganas', itu biadab - PM Anwar
Anwar (foto) berkata pelayaran GSF ke Gaza adalah murni berteraskan misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Israel yang menuduh aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas, dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai biadab dan tidak berasas.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim kecam tindakan Israel melabel aktivis GSF sebagai pengganas, disifatkan sebagai biadab dan tidak berasas
  • Anwar tegaskan misi GSF adalah kemanusiaan, membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan tanpa sebarang senjata
  • Tuduhan Israel dianggap cubaan menutup kekejaman terhadap rakyat Palestin dan aktivis antarabangsa yang menyertai flotilla bantuan ke Gaza

Menurut beliau, pelayaran GSF ke Gaza adalah murni berteraskan misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang terus ditekan rejim Zionis, yang jelas merupakan penindas sebenar.
“Itu suara siapa? Suara pengganas Israel, pengganas besar. Aktivis GSF tidak membawa senjata atau membunuh sesiapa.
"Mereka membawa bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. Bagaimana mungkin mereka dilabel pengganas?
"Tuduhan itu amat biadab,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Jalan Pantai Sentral 2, Lembah Pantai.
Tindakan Zionis Israel yang melabel pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah biadab dan tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, kapal-kapal flotilla ini tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya, ia sarat dengan makanan, minuman dan pic.twitter.com/rlGfZpfoTt
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 3, 2025
Terdahulu, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang dalam satu rakaman video mendakwa aktivis GSF yang kini ditahan rejim berkenaan sebagai pengganas.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#GSF
#Itamar Ben-Gvir
#aktivis GSF
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan