awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduh KDN beri kerakyatan kepada warga China, Vietnam satu tohmahan dahsyat - Saifuddin

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
26/08/2023
04:49 MYT
Tuduh KDN beri kerakyatan kepada warga China, Vietnam satu tohmahan dahsyat - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan yang dibuat ke atas kementeriannya memberikan kerakyatan secara besar-besaran kepada warganegara asing terutama dari negara China dan Vietnam merupakan satu tohmahan yang dahsyat. - Gambar fail
POKOK SENA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan yang dibuat ke atas kementeriannya memberikan kerakyatan secara besar-besaran kepada warganegara asing terutama dari negara China dan Vietnam merupakan satu tohmahan yang dahsyat.
Menurut beliau, tuduhan itu juga dibuat dan disebarkan kepada orang ramai tanpa ada rasa tanggungjawab dan hanya akan memberi kesan besar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tegas bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, KDN kini sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu berbangkit berkaitan permohonan kewarganegaraan Malaysia.
Tambah beliau, sekiranya fakta sebenar diputar belit, ia turut akan mempengaruhi pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap usaha KDN membabitkan isu berkaitan.
"(Usaha ini) bukan mudah kerana isu kewarganegaraan ini adalah isu sensitif tetapi saya menepis sama sekali tohmahan yang menyebut bahawa ini adalah proses pemberian warganegara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China, yang mana (kami) diberi tohmahan yang begitu dahsyat tanpa tanggungjawab,
"(Sekarang ini) beri kami ruang untuk selesaikan isu (ini), (kerana ia) masa depan anak-anak dari Keluarga Malaysia, (ada kalangan ibu bapa) yang proses perkahwinan tidak dibuat secara teratur dan sekarang timbul masalah yang banyak bilangannya… kami (KDN) nak membantu dari segi perkara ini," jelas beliau.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan replika cek bagi pembelian van jenazah di Masjid Ar-Raudhah Sungai Durian, di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang telah diluluskan KDN.
"Jumlah yang ada atas meja permohonan saya, ada lebih kurang 140,000, banyak, daripada semua kategori, jadi jumlah ini yang saya baru luluskan atau buat keputusan (berjumlah) 9,000.
"Kebanyakan dalam kes macam ini, (status) anak angkat, (sudah) kahwin 15 tahun, tidak dikurniakan zuriat, (mereka) nak anak, (jadi) mereka ambil anak angkat, undang-undang benarkan mereka ambil anak angkat, tetapi tidak boleh dibin kepada mereka, jadi mereka mesti memohon warganegara,
"Jadi permohonan mengikut undang-undang adalah di bawah kawal selia KDN, jadi itu permohonan paling besar dari kelompok ini," tambah Saifuddin.
Pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.
Menurut JPN, kenyataan Saifuddin semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja rasmi beliau ke jabatan itu pada 9 Januari lalu telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan penuh Menteri Dalam Negeri itu.
Topic Berkaitan
#KDN
#Kerakyatan
#warga china
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan