Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas, kekal bebas daripada tuduhan membunuh isterinya Nur Syaleza Jaffar, seorang eksekutif pentadbiran TV9 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya.
Panel lima hakim, diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif membatalkan rayuan pendakwaan berikutan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan notis rayuan kepada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 36, buat kali ketiga.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hamzah Ismail memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih tidak dapat menyerahkan notis rayuan kepada Norazman Bashah pada kali ketiga kes itu disebut di Mahkamah Persekutuan.
Norazman Bashah, 36, tidak pernah hadir pada setiap kali kes itu disebut di Mahkamah Persekutuan pada 6 Dis 2016, 16 Feb 2017 dan hari ini berikutan notis rayuan gagal diserahkan kepadanya.
Notis rayuan pihak pendakwaan menghendaki responden (Norazman Bashah) dalam kes itu hadir ke mahkamah pada setiap kali kes itu disebut.
"Pihak pendakwaan tidak berjaya serahkan notis rayuan buat kali ketiga, oleh itu mahkamah batalkan rayuan pihak pendakwaan," kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama Hakim-hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
Pada 28 Mei 2015, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Norazman Bashah daripada tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Apartmen Saujana di Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Norazman Bashah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mayat Nur Syaleza ditemui tergantung di dalam bilik apartmen itu.
Mahkamah Rayuan pada 9 Feb 2016 mengekalkan hukuman itu selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Norazman Bashah. Tidak berpuas hati dengan keputusan itu pendakwaan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2017
Panel lima hakim membatalkan rayuan pendakwaan berikutan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan notis rayuan kepada Norazman (gambar) buat kali ketiga. - Gambar fail
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.