awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan COVID-19

Bernama
Bernama
27/12/2021
08:14 MYT
Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan COVID-19
Sulaiman berkata ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif COVID-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.- Gambar fail
MELAKA: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengesahkan perkara itu berkata ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif COVID-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.
"Kali ini kita bermesyuarat dalam keadaan yang berbeza, tidak mengikut peraturan-peraturan seperti mana notis yang telah pun kita berikan tempoh hari, disebabkan pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di sini hari ini.
Tujuh ADUN yang tidak hadir ialah Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Melaka
#COVID-19
#Sulaiman Md Ali
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan