awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/02/2026
02:30 MYT
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Kesemua bot berjaya ditahan dan pemeriksaan awal mendapati 21 individu, termasuk tekong, berumur antara 17 hingga 60 tahun berada di atas vesel-vesel terbabit. - Foto APMM
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan tujuh bot nelayan asing (VNA) warga Filipina yang didapati menceroboh perairan negara di sekitar Tanjung Kalutan, Pulau Balambangan, pada Sabtu.
Menurut Komander Maritim Hasbullah Omar, pencerobohan itu dikesan menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah sebelum dua buah bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi yang dikenal pasti.
"Kesemua bot berjaya ditahan dan pemeriksaan awal mendapati 21 individu, termasuk tekong, berumur antara 17 hingga 60 tahun berada di atas vesel-vesel terbabit.
"Kesemua bot dan kru telah diiring ke Pusat Tahanan, Sabah Port Kudat untuk siasatan lanjut dan jumlah rampasan dianggarkan bernilai sekitar RM100,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 selepas beberapa individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Hasbullah menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan perairan negara dan akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan, khususnya di kawasan berisiko tinggi, bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terpelihara.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan negara diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bot nelayan asing
#pencerobohan
#Maritim Malaysia
#Hasbullah Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami