awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh buah bot terbakar di Kuantan

Bernama
Bernama
01/08/2013
04:43 MYT
Tujuh buah bot terbakar di Kuantan
Maritim Malaysia dan sebuah bot nelayan, hangus dalam kebakaran yang berlaku di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan, di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam.
Kebakaran bermula daripada sebuah bot nelayan yang berada di jeti itu lalu menyambar tujuh bot lain.
Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menghantar sebuah jentera bomba sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.06 malam dan mengambil masa kurang 10 minit tiba di tempat kejadian tetapi kebakaran ketika itu sudah sukar dikawal kerana bot nelayan yang terbakar, terputus tali dan hanyut, katanya kepada pemberita di sini.
Bot nelayan itu kemudian melanggar barisan bot yang lain dan akibat geselan itu tujuh bot Maritim Malaysia turut hangus.
"Kami berjaya menyelamatkan dua bot Maritim Malaysia dan empat bot nelayan lain daripada turut terbakar.
"Bot Maritim Malaysia yang terbakar itu adalah daripada pelbagai jenis dan pihak kami sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.
Abdul Wahab berkata selain Kuantan, tiga jentera bomba dan kira-kira 60 pegawai serta anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng turut terlibat dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran.
Topic Berkaitan
#bakar
#bot
#karam
#Kuantan
#LKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan