AYER KEROH: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik semula menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu.
Pembentukan itu terdiri daripada sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dengan dua muka baharu serta seorang ADUN Pakatan Harapan (PH).
Wakil tunggal daripada blok PH ialah ADUN Kesidang, Seah Shoo Shin yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Manakala dua muka baharu daripada BN adalah ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan masing-masing dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan serta Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat lalu akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.
Terdahulu, istiadat itu didahului oleh ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang memegang portfolio Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Enam yang lain adalah ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan serta Adun Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan).
Tidak ketinggalan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan menggantikan portfolio Dr Muhamad Akmal sebelum ini serta ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.
Dua ADUN lain iaitu ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin serta ADUN Gadek, VP Shanmugam mengekalkan portfolio sama sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.
Manakala dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan tidak dilantik semula menyertai barisan Exco.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Apr 05 2023
Lima daripada ADUN Melaka yang dilantik menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.
Barisan Exco Negeri Melaka angkat sumpah petang ini
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia barisan Exco Negeri Melaka bakal berlangsung kira-kira jam 3 petang ini.
Dua sekolah di Melaka ditutup tiga hari akibat COVID - Exco
Dua sekolah rendah di negeri ini ditutup tiga hari susulan terdapat warga sekolah dan murid dikesan positif COVID-19.
Idris Haron, ADUN Bersatu, PKR, Bebas angkat sumpah Exco Melaka
Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron selesai mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) petang tadi.