KUALA LUMPUR: Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan yang menawarkan pekerjaan secara dalam talian ditahan di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia 18 hingga 26 tahun.
"Lima individu warga tempatan terdiri daripada empat lelaki, seorang wanita serta seorang lelaki dan wanita warga asing ditahan dalam serbuan itu.
"Kita turut merampas 53 unit telefon bimbit dan lima komputer riba pelbagai jenama," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Noor Dellhan berkata, hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi selama hampir sebulan.
"Setakat ini mangsa penipuan dalam talian ini masih belum dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata, kesemua individu itu ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana panggilan telefon daripada individu yang menawarkan pekerjaan secara dalam talian dengan tawaran gaji yang lumayan.
"Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ditalian 03-2600 2222," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana panggilan telefon daripada individu yang menawarkan pekerjaan secara dalam talian dengan tawaran gaji yang lumayan. -Gambar hiasan
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
Tujuh individu ditahan, kes tipu tawar pekerjaan dalam talian
Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi selama hampir sebulan.