KUALA LUMPUR: Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Siasatan dibuat satu unit task force yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memfokuskan isu 3R (bangsa, agama dan raja) yang berperanan menyiasat kes membabitkan penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja.
Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, task force ini diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Siasatan akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Tambahnya, objektif task force memastikan siasatan dijalankan dengan kadar segera dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari.
"Daripada keseluruhan tujuh kes itu, empat kes berkaitan penghinaan institusi diraja, dua kes penghinaan agama dan satu kes melibatkan elemen perkauman.
“Setakat ini, dua individu ditahan membabitkan kes penghinaan terhadap institusi diraja dan perkauman manakala seorang suspek sedang dikesan," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya lagi, daripada tujuh kertas siasatan itu, tiga dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan manakala empat kes masih dalam siasatan pihak USJT.
"PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video sensitif dan seumpamanya yang melangkaui aspek 3R.
"Sebarang bentuk penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau ugutan yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial akan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan,’’ tambahnya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Sat Apr 08 2023
Taskforce khas 3R berperanan menyiasat kes membabitkan penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja. - Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.