KUALA LUMPUR: Tujuh rang undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ia melibatkan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Penculikan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Senjata (Pindaan) 2022.
Selain itu, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.3) 2022 dan Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 2022 turut dibentang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membentangkan rang undang-undang berkenaan berkata bacaan kali kedua dijadual dibentangkan pada mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022 bagi meminda Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) antaranya bagi memberi hakim budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau tidak.
Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 2022 pula antara lain menyatakan seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan disebat tidak kurang daripada 10 kali.
Sementara itu, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2022 bertujuan menghapuskan hukuman mati mandatori bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan antaranya melibatkan pindaan kepada Seksyen 302 yang memberi budi bicara kepada hakim berkenaan dengan pengenaan hukuman mati.
Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022 pula bertujuan meminda Akta Keadilan Jenayah 1953 (Akta 345) dengan memasukkan seksyen baharu 3A bagi menjelaskan terma pemenjaraan sepanjang hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan pada sesi soal jawab Mesyuarat Ke-3 Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat. - fotoBERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Tujuh Rang Undang-undang mansuh hukuman mati mandatori dibentang di Dewan Rakyat
Tujuh rang undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.