awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke 222 Parlimen
Bayaran balik cukai 2025 catat bayaran tambahan RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion diumum sebelum ini
Rampas aset Rusia adalah "tindakan perang" - PM Belgium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafuzi puji semangat pemain, akui kelemahan pertahanan dan serangan

Bernama
Bernama
15/07/2025
22:10 MYT
Nafuzi puji semangat pemain, akui kelemahan pertahanan dan serangan
Nafuzi (kiri) bersama pasukan negara memulakan kempen Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 dengan menentang Filipina di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, pada Selasa. - Gambar Bernama
JAKARTA: Ketua Jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain mengakui kelemahan pertahanan menjadi punca utama kekalahan 0-2 kepada Filipina dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan AFF B-23 2025 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini, malam tadi.
Walaupun kecewa dengan keputusan, Nafuzi tetap memuji semangat juang tinggi anak buahnya yang kebanyakannya masih muda dan kurang pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.
"Secara keseluruhan, pertahanan kita ada sedikit kelekaan dan gugup di awal permainan, dan itu memberi ruang kepada Filipina menjaringkan gol.
"Kami cuba bangkit dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan seri, tetapi apabila ketinggalan ia menjadi lebih sukar," katanya selepas perlawanan.
Beliau berkata, kebanyakan pemain berusia sekitar 19 hingga 21 tahun dan perlawanan itu merupakan peluang terbaik untuk mereka menimba pengalaman dan kematangan.
Mengenai status kecederaan dua tonggak, Alif Izzuan dan Muhammad Haqimi Azim Rosli, Nafuzi berkata, pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada pasukan perubatan.
Selain itu, beliau juga berharap penyokong dari Malaysia dapat hadir memberi sokongan sekiranya pasukan mara ke pusingan seterusnya, terutama jika bertemu tuan rumah, Indonesia.
"Sokongan peminat penting. Walaupun mereka tiada di sini, saya tahu pasukan tetap mendapat sokongan daripada Malaysia.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan kemenangan, namun kami akan memperbaiki persiapan untuk menentang Brunei pada Jumaat dan Indonesia nanti, yang pastinya sukar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#skuad B-23 negara
#Kejuaraan AFF B-23 2025
#Nafuzi Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan