KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan tujuh tuntutan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diberi perhatian.
Presiden GAMIS, Muhammad Arif Hakimi berkata, mahasiswa menyambut baik komitmen kerajaan untuk melibatkan anak muda dalam agenda pemulihan negara, dan tuntutan ini adalah bagi membawa perhatian kerajaan dalam isu yang membabitkan mahasiswa ketika ini.
"Tuntutan pertama ialah pemakluman SOP yang jelas kepada mahasiswa. Ini bagi membolehkan mereka membuat persediaan sebelum bermulanya semester.
"Kedua, kemudahan suntikan vaksin secara walk-in kepada mahasiswa sebelum bermula semester baharu. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa buah universiti antara yang boleh digunakan.
"Ketiga, membenarkan fasiliti di kampus seperti gimnasium, perpustakaan dan kafe digunakan.
"Keempat, penangguhan bayaran balik PTPN selama enam bulan bagi mengurangkan beban graduan.
"Mahasiswa juga berharap ada inisiatif yang diumumkan PTPTN bagi membantu mengurangkan beban mahasiswa dan graduan," katanya.
Arif berkata demikian dalam sidang media secara maya selepas Himpunan Mahasiswa Bangkit anjuran Majlis Politik Nasional (MPN), pada Ahad.
Turut dikemukakan ialah tuntutan agar kementerian bersama pihak universiti memantau dan menguruskan masalah mental dan sosial mahasiswa, serta memperkasakan graduan dengan kerjasama pihak industri bagi menaikkan nilai kebolehpasaran graduan.
Selain itu, mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan bantuan one-off seperti baucer buku RM250, serta memasukkannya sebagai salah satu peruntukan dalam Belanjawan Negara 2022.
"GAMIS berharap kerajaan baharu dapat memandang tuntutan ini secara serius dan mengambil tanggungjawab dalam meastikan kebajikan mahasiswa terbela," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Aug 30 2021
Tuntutan ini adalah bagi membawa perhatian kerajaan dalam isu yang membabitkan mahasiswa ketika ini. -Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.