Bernama
Wed May 22 2013
"Tujuh wanita besi, satu barisan."
Ungkapan ini mungkin boleh diberikan kepada tujuh anggota Parlimen wanita yang dinobat, masing-masing dua sebagai menteri dan lima sebagai timbalan menteri dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perlantikan mereka sudah tentunya melakar satu lagi sejarah penting dalam pencapaian kaum hawa di negara ini.
Ia juga secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan kepada pentingnya sumbangan wanita untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam menentukan hala tuju pembangunan negara terutama menjelang tarikh luput Wawasan 2020.
TERUS DIHARGAI
Meskipun peratus penyertaan wanita dalam kabinet untuk 2013-2018 boleh dikatakan kecil jika diambil kira jumlah 58 menteri dan timbalan menteri (32 menteri dan 26 timbalan menteri), pemilihan mereka itu sudah cukup membuktikan sumbangan ahli politik wanita tetap dihargai.
Untuk rekod, seramai 168 calon wanita bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.
Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita paling ramai iaitu 22 orang bagi kerusi Parlimen dan 49 orang di DUN.
GANDINGAN
Ketujuh-tujuh anggota Parlimen wanita yang diumumkan menganggotai barisan jemaah menteri dan timbalan menteri adalah gandingan muka baru dan lama.
Nama Datuk Rohani Abdul Karim, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Noriah Kasnon, Datuk Halimah Mohamad Sadique dan Datuk Azizah Mohamad Dun bukan orang baru dalam pentas politik tanah air.
Dua lagi anggota Parlimen wanita yang mungkin boleh dianggap sebagai muka baru dalam arena politik ialah Nancy Shukri dan Datuk Mary Yap Ken Jin.
Nancy Shukri memenangi kerusi Parlimen P200 Batang Sadong, Sarawak, menewaskan calon Pas, Mohamad Jolhi dengan majoriti 11,260 undi.
Mary Yap pula memenangi kerusi Parlimen P190 Tawau, Sabah dalam pertandingan empat penjuru atas tiket BN-Parti Bersatu Sabah (PBS). Beliau menang dengan undi majoriti 4,979 undi.
Seperkara yang mungkin menjentik perhatian dalam menganalisis barisan jemaah menteri kali ini ialah ketiadaan wakil wanita Umno dilantik ke jawatan Menteri penuh.
Ini memandangkan kedua-dua anggota Parlimen wanita yang dilantik ke jawatan Menteri dalam kabinet Najib adalah dari 'Bumi Kenyalang, Sarawak.
Mereka ialah Rohani, anggota Parlimen Batang Lupar dan Nancy Shukri. kedua-duanya bertanding atas tiket BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
PEMBANGUNAN WANITA
Seperkara yang juga pasti menarik perhatian dalam barisan jemaah menteri ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kali ini diterajui dua wakil wanita dari Sarawak dan Sabah.
Jawatan Menteri untuk KPWKM lazimnya disandang anggota Parlimen Wanita Umno. Menterinya yang terakhir ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, wakil Wanita UMNO.
Beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kementerian itu selepas 8 April 2012, tarikh yang sama tempoh pelantikannya sebagai Senator berakhir. Shahrizat tidak bertanding pada PRU13.
Rohani, 58, dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sementara Azizah, 58, dilantik sebagai timbalannya.
Rohani menunjukkan prestasi cemerlang menang kerusi Parlimen Batang Lupar dengan memperoleh 15,625 undi mengalahkan calon PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh dengan majoriti 10,964 undi.
Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum PRU13.
Sementara itu, Azizah ialah anggota Parlimen Beaufort (Sabah). Beliau memenangi kerusi tersebut dalam pertandingan tiga penjuru.
Beliau juga adalah mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.
Berkelulusan undang-undang, Azizah pernah dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia selepas memenangi kerusi Parlimen Beaufort pada 2004.
Pada PRU 2008, beliau bertanding kerusi DUN Klias.
PENDIDIKAN MANTAP
Perlantikan Nancy Shukri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula sudah tentunya disambut dengan penuh kebanggaan khususnya rakyat Sarawak.
Nancy, 52, sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Hull, United Kingdom.
Sudah tentunya dengan latar belakang pendidikan yang begitu mantap, Nancy dapat memainkan peranan besar untuk menyumbang ide-ide yang bernas kepada formulasi serta perlaksanaan program kerajaan terutama yang berkait dengan kepentingan wanita Malaysia.
PENGALAMAN BARU
Perlantikan anggota Parlimen Papar, Rosnah ke jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya pula memberi peluang kepada beliau untuk menimba pengalaman baru setelah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan sebelum PRU13.
Rosnah, 41, adalah juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.
Seperti Rosnah, anggota Parlimen Sungai Besar (Selangor), Noriah turut berpeluang meraih pengalaman baru dengan perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Dalam kabinet Najib sebelum PRU13, beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pertukaran portfolio ini sudah tentunya akan membuka dimensi baru dalam karier politik kedua-dua ahli Parlimen ini.
PERLANTIKAN LAIN
Anggota Parlimen Tenggara (Johor), Halimah boleh dianggap ahli politik wanita veteran terutamanya dalam pentas politik di negeri Johor Darul Takzim.
Beliau memenangi kerusi itu buat kali kedua selepas menang pada pilihan raya umum 2008.
Halimah ternyata bukan calon yang mudah ditewaskan apabila menang kerusi itu pada PRU13 dengan menewaskan calon Pas, Muhamad Said Jonit dengan memperolehi 25,698 undi, majoriti undi 17,196 undi.
Ketokohannya membawa kepada perlantikan menduduki kerusi kabinet Najib dengan diberi kepercayaan jawatan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Perlantikan anggota Parlimen Tawau, Sabah, Mary Yap sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 mempunyai makna yang sungguh bererti kepada para pendidik tanah air khususnya kerana beliau sendiri adalah tokoh guru.
Beliau dilaporkan mempunyai lebih 36 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan sebelum bersara pada 2007.
Ibarat 'sirih pulang ke gagang', perlantikan Mary Yap sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 sudah tentunya akan memberi impak besar dalam bidang pendidikan tanah air, khususnya pembangunan modal insan.
PELBAGAI ISU
Walau apa pun potfolio yang disandang 'wanita-wanita besi' ini, sudah tentunya ramai yang menaruh harapan tinggi supaya mereka akan lantang bersuara dalam memperjuangkan isu kepentingan bersama demi kebaikan semua pihak.
Masing-masing 'wanita besi' ini mempunyai pengalaman dan kepakaran tersendiri untuk membuat sumbangan dalam merealisasikan program transformasi nasional di samping perlaksanaan manifesto pilihan raya BN.
Di samping meneruskan usaha memperkasakan kedudukan kaum hawa sama ada yang bekerjaya atau tidak, antara isu lain yang memerlukan perhatian ialah kes-kes gejala sosial yang melibatkan wanita dan remaja wanita termasuk jenayah juvana, peningkatan kelahiran anak tidak sah taraf,'keldai dadah' serta isu-isu kekeluargaan.
Kesungguhan kerajaan untuk menangani kemelut pembantu rumah dijangka turut menjadi perhatian dengan aku janji menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja.
Walau apa pun, "dayung sudah di tangan, perahu sudah di air" dan tempoh lima tahun mendatang ini sudah pasti menjadi kayu pengukur kepada kemampuan "wanita-wanita besi" ini dalam melaksanakan tugas masing-masing supaya mereka kekal relevan pada PRU14. -- Melati Mohd Ariff
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.