KULIM: Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis bagi mendapatkan RM5,000 sebagai memperdaya mangsa agar boleh membebaskan seorang tahanan lokap.
Tertuduh, Premantharan Pillai Vijayantharan, 44, bagaimanpun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mirza Mohamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh memperdaya Munesswary Maniam, 47, untuk mempercayai dia sebagai pegawai polis dan akan membebaskan tahanan lokap dengan menyerahkan wang sebanyak RM5,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Kulim dengan menggunakan nombor akaun atas nama Malathi Kesavan, 24, pada 11 Disember lalu pada sekitar pukul 3.21 petang.
Majistret, kemudian memerintahkan tertuduh dibenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 Januari depan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah seksyen yang sama.
Mahkamah sama turut memerintahkan tertuduh kedua, Malathi Kesavan membayar denda RM900 atau penjara satu bulan setelah mengaku salah membenarkan akaun bank digunakan tertuduh pertama yang dipercayai sebagai pegawai polis.
Mengikut pengakuan, ibu kepada seorang anak itu menyedari akaun bank miliknya digunakan untuk tujuan kemasukan wang sebanyak RM5,000 namun, tidak dapat memberi keterangan dari mana diperolehinya.
Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nursalwati Wan Kamarul Ariffin.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 20 2022
Tertuduh, Premantharan Pillai Vijayantharan (kiri) mengaku tidak bersalah menyamar sebagai pegawai polis, sementara Malathi Kesavan (kanan) mengaku salah membenarkan akaun bank digunakan tertuduh pertama. - Gambar Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Angkara dadah, tukang gunting bunuh ibu dengan tukul
Ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah.
Tukang gunting tidak mengaku salah menyamar anggota polis
Tertuduh memperdaya mangsa untuk mempercayai dia akan membebaskan tahanan lokap dengan menyerahkan RM5,000.
Copa America: Pemain seludup wanita, tukang gunting ke kem Chile
Persiapan Chile untuk pertembungan dengan Uruguay jadi huru-hura susulan tindakan beberapa pemain yang mengupah tukang gunting ke kem latihan pusat mereka.
Toknya pertahan harga RM2.50 untuk gunting rambut sejak lima dekad
Wanita warga emas yang hampir mencecah satu abad masih gagah menggayakan gunting di jari untuk memotong rambut pelanggannya.
Pengiring Mat Sabu jadi tukang gunting
Melalui satu perkongsian di Twitter, Mohamad berkongsi sekeping gambar sedang digunting rambut oleh seorang lelaki.
Tukang gunting cedera dikapak pelanggan di Batu Maung
Mangsa dikenali sebagai Semanathan, 30-an menerima lebih 30 jahitan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang.