awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak warga Bangladesh didakwa bunuh pesakit mental

Bernama
Bernama
06/01/2023
07:29 MYT
Tukang masak warga Bangladesh didakwa bunuh pesakit mental
Mohammad Abdul Alim, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lelaki di sebuah pusat jagaan sakit mental di Bukit Beruntung Disember lepas. - Foto BERNAMA
KUALA KUBU BHARU: Seorang tukang masak warga Bangladesh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lelaki di sebuah pusat jagaan sakit mental di Bukit Beruntung di sini, Disember lepas.
Tertuduh, Mohammad Abdul Alim, 33, didakwa membunuh Leong Kam Ming, 52, di sebuah pusat jagaan sakit mental, Jalan Cempaka 2, Bukit Beruntung di sini, kira-kira 6.30 petang pada 24 Dis 2022.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mohammad mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Di mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki dan berada di dalam negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di lokasi sama, pada 2.23 pagi, 27 Dis 2022.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya Asmaa' Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang masak Bangladesh
#bunuh pesakit
#pusat jagaan sakit mental
#Bukit Beruntung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan