awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang urut dihadap ke mahkamah beli barang runcit guna wang palsu

Bernama
Bernama
15/04/2020
05:58 MYT
Tukang urut dihadap ke mahkamah beli barang runcit guna wang palsu
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Gambar fail.
Seorang tukang urut berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu, atas tuduhan menggunakan dua keping wang kertas RM100 palsu, bulan lalu.
Areez Petra Tee, dari Lorong Setail, di sini, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut, didakwa menggunakan wang palsu itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Batu 5, Jalan Gambang, di sini, antara jam 4 petang 23 Mac dan 1.30 tengah hari, 7 April lalu.
Tertuduh ditangkap pada 10 April lalu selepas pemilik kedai runcit tersebut membuat laporan polis apabila menyedari wang yang diberikan tertuduh semasa membeli barang pada 23 Mac dan 7 April adalah palsu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Areez Petra, yang tidak diwakili peguam, merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia berasal daripada keluarga susah.
"Saya hanya bekerja sendiri sebagai tukang urut dengan upah bergantung kepada pelanggan untuk membantu perbelanjaan keluarga...tapi saya sudah lama tidak mengurut disebabkan wabak COVID-19," katanya.
Siti Aminah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dihadapkan
#Mahkamah Sesyen
#memohon dibicarakan
#mengaku tidak bersalah
#tukang urut
#wang palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan