BATU PAHAT: Keluarga berharap usaha untuk mencari saki baki tulang Bella atau Mila Sharmila dapat dijalankan secepat mungkin.
Norhisham Samsusah, 36, atau lebih mesra dipanggil Ayu berkata, tulang belakang dan kedua-dua tangan arwah adiknya itu belum ditemui.
"Hanya tulang dan kedua-dua tangan yang belum ditemui. Saya harap usaha mencarinya dapat dilakukan secepat mungkin," katanya.
Ayu berkata demikian selepas melawat lokasi penemuan sebahagian tulang bersama ahli keluarga dan peguam pemerhati, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan pada Isnin.
Pada 28 Februari, enam ketul tulang dilaporkan ditemui di belakang dan tepi rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, lokasi di mana rangka tidak sempurna Bella ditemui pada pagi 19 Disember lalu.
Perkara itu disahkan polis dan hasil pemeriksaan telah menjumpai dua ketul tulang dipercayai tulang bahagian paha, dua ketul tulang bahagian betis dan dua ketul tulang bahagian keting di lokasi tersebut.
Semua tulang yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor untuk dianalisis perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).
"Kalau boleh keputusan kami mahu keputusan diperolehi sebelum Aidilfitri, kerana kami sekeluarga mahu uruskannya, itu yang diharapkan," ujarnya.
Pada 26 Januari lalu iaitu dua hari selepas pengebumian Bella, kakaknya mendedahkan mereka sekeluarga menitiskan air mata apabila mendapati jasad adik tersayangnya tanpa kedua-dua tangan dan kaki.
Kejadian itu disedari ketika Norhisham dan ibunya, Noraini Salleh, 55, memandikan rangka tidak sempurna itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan milik Bella.
Pada 19 Januari lalu, penemuan rangka manusia tidak sempurna di dalam sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini, merungkai misteri kehilangan Bella sejak 14 Disember tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 11 2024
Keluarga Bella dan peguam pemerhati melawat lokasi penemuan sebahagian tulang di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada Isnin. Gambar kecil: Bella
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tulang belakang, tangan Bella belum ditemui - Kakak
Keluarga berharap usaha untuk mencari saki baki tulang Bella atau Mila Sharmila dapat dijalankan secepat mungkin.