awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/12/2024
22:20 MYT
Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
Video tular menunjukkan kejadian sebuah motosikal dibakar di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, pada Khamis.
IPOH: Polis menahan seorang wanita susulan video tular kejadian membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, penahanan wanita berumur 40-an itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki kira-kira jam 4.27 petang semalam.
Menurutnya, berdasarkan video tersebut, seorang wanita telah menyimbah cecair, disyaki petrol ke atas motosikal lalu membakarnya.
“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 7.30 petang, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah membuat tangkapan terhadap wanita tersebut bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohamad Nasir berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, motif kejadian berpunca daripada tidak berpuas hati kerana motosikal itu hendak ditarik kerana tertunggak bayaran selama 20 bulan.
Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Katanya, pihak polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek di mahkamah, pagi ini.
Topic Berkaitan
#video tular
#bakar motosikal
#Taiping
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan