awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular dakwaan Esscom tutup tidak benar

Bernama
Bernama
08/06/2018
21:47 MYT
Tular dakwaan Esscom tutup tidak benar
Pasukan keselamatan berkawal di luar Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu. - Foto BERNAMA/Fail
Dakwaan kononnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditutup atau organisasi itu dikecilkan adalah tidak betul, kata komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata dakwaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini hanya bertujuan melemahkan semangat serta moral pasukan keselamatan Esscom.
"Jangan percaya berita palsu yang viral mengatakan bahawa Esscom akan ditutup, Esscom akan dikecilkan", katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Esscom di sini.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan A Wahid Khan serta Timbalan Komander Esscom, Brig Jen Datuk Badrul Hisham.
Dalam pada itu, Hazani berkata Esscom komited untuk meneruskan kecemerlangan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
"Esscom akan sentiasa fokus dan merangka pelbagai pendekatan bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara ini berada dalam keadaan terbaik termasuk terus mencapai kejayaan seperti menembak mati empat penjenyah rentas sempadan (KFR) di kawasan perairan Felda Sahabat baru-baru ini," katanya.
Menurutnya, dengan kerajaan baharu ini, Esscom akan meneruskan komitmen selaku penyelaras strategik keselamatan sekali gus kekal relevan sebagai agensi penyelamat yang melindungi kawasan perairan di Esszone.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita palsu
#ESSCom
#Hazani Ghazali
#keselamatan
#media sosial
#perairan
#Tular
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan