awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2024
09:15 MYT
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Tangkap layar video tular penyeludupan minuman keras di Forest City disahkan video lama oleh kastam.
JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial, baru-baru ini.
Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, tular video berdurasi 2.21 minit memaparkan insiden itu, namun hasil siasatan dilakukan mendapati ia merupakan sebuah video lama.
"Ia merupakan video lama yang telah ditularkan pada tahun 2021 dan dimuat naik semula bagi mendapat perhatian warganet.
"Keadaan luar kedai bebas cukai yang masih menggunakan alat pengesan berwarna jingga, di mana alat pengesan ini telah ditukar dengan alat pengesan baharu berwarna ungu juga membuktikan ia adalah video lama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Aminul Izmeer, JKDM komited membendung kegiatan penyeludupan minuman keras di Forest City dengan meletakkan anggota di situ.
Ujarnya, sejak pembukaan dan kewujudan kedai bebas cukai di Forest City dari tahun 2018, JKDM telah ditugaskan untuk berada di pintu keluar masuk.
"Setelah pembangunan pesat dan kediaman mula diduduki di Forest City, JKDM dapati terdapat banyak lorong-lorong tikus atau jalan tidak diiktiraf untuk keluar masuk ke Forest City.
"Langkah penyelesaian dengan kerjasama pihak Forest City telah diambil dengan peningkatan kawalan dengan kawasan berisiko dipagarkan serta jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM," katanya lagi.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#aktiviti penyeludupan minuman keras
#video tular
#Forest City
#media sosial
#video lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan