awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga

Bernama
Bernama
21/12/2024
05:00 MYT
Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Semalam tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.
LAHAD DATU: Syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang di sini yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.
Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah dalam kenyataan berkata pihak ketiga itu mendakwa bahawa status tanah itu adalah milik persendirian dan bukannya rizab jalan.
"Lokasi jalan sudah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini dan peruntukan juga diluluskan, tetapi kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan kerana bantahan pihak ketiga yang mendakwa status tanah itu sebagai tanah persendirian dan bukannya rizab jalan," menurut kenyataan itu.
Keadaan jalan itu kini didapati semakin teruk dengan kemunculan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan sehingga menyukarkan kenderaan kecil menggunakan laluan berkenaan.
JKR Sabah berkata perkara itu telah dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan pihaknya sedang sedang menunggu pengesahan daripada JTU.
Semalam tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Kilang
#Lahad Datu
#bantahan pihak ketiga
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan