awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video aksi kejar mengejar antara polis dan suspek curi kabel di Sentul

Amirul Aiman
Amirul Aiman
23/03/2025
04:20 MYT
Tular video aksi kejar mengejar antara polis dan suspek curi kabel di Sentul
Kenderaan disyaki digunakan suspek ditinggalkan di tepi jalan selepas dikejar anggota polis dari Taman Rainbow Sentul hingga ke Jalan Kuching awal pagi 23 Mac 2025.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kejar-mengejar melibatkan kenderaan polis dan sebuah kenderaan disyaki digunakan dalam kegiatan mencuri kabel pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.45 pagi di Taman Rainbow Sentul sebelum berlarutan hingga ke Jalan Kuching.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek cuba melarikan diri dengan memecut laju, namun bertindak meninggalkan kenderaan yang digunakan setelah dikejar oleh anggota polis di lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, semakan ke atas kenderaan berkenaan mendapati ia berdaftar atas nama sebuah syarikat penyewaan kenderaan, manakala usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.
Video kejadian turut tular di media sosial yang memaparkan detik kejar mengejar oleh polis yang berjaya mengesan kenderaan disyaki sebelum ia ditinggalkan suspek.
Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan bagi memastikan pihak terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#polis
#Tular
#Sentul
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan