Padah menumbuk, membawa lari kereta peronda polis dan cuba melanggar anggota bertugas bagi melarikan diri daripada tahanan reman, seorang jurujual kereta dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh Voong Thiam Siam, 40 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan dan Majistret Teoh Shu Yee.
Mengikut tiga pertuduhan di hadapan Elesabet, tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis jenis Proton Waja berwarna putih, menumbuk anggota polis yang sedang menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan dan cuba melarikan ketika tangan masih bergari.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana cubaan membunuh dan Seksyen 353 kanun sama kerana menyebabkan kecederaan yang boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang ditahan atas kesalahan dadah itu turut didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana cuba melarikan diri dari tahanan.
Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan mencuri sebuah kenderaan polis dan melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan pasu bunga iaitu harta milik Kerajaan Malaysia, di Mahkamah Majistret, di hadapan Shu Yee.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379 A dan 425 Kanun Keseksaan.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Banda Hilir pada jam 3.30 petang, 4 Mei 2020 lalu.
Elesabet dan Shu Yee pada penghakiman masing-masing tidak menetapkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah berat selain menetapkan 7 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 02 2020
Tertuduh Voong Thiam Siam, 40 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian
Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual
Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro
Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan
Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman
Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.
Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah
Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.
Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah
Gara-gara mencubit paha anak tirinya sehingga lebam, seorang wanita hamil berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini.