KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaedah pengurusan plastik yang lebih lestari dan bukannya melarang pengeluaran dan penggunaannya, menurut Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA).
MPMA dan MPRA dalam kenyataan memberitahu, untuk melupuskan semua jenis plastik daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia adalah sesuatu yang tidak lestari dan larangan sepenuhnya adalah tidak praktikal.
Persatuan berkenaan menjelaskan, jalan penyelesaiannya adalah membangunkan ekonomi pekeliling yang mengguna semula berbanding membuang material dan ini boleh dilakukan menerusi pembangunan sistem pengurusan sisa yang lebih komprehensif, bukan sahaja di dalam negara tetapi di seluruh dunia.
"Dengan penyelesaian dan dasar pengurusan sisa yang lebih baik, bahan plastik akan dihasilkan semula untuk dikitar semula atau dilupuskan dengan teratur dan tidak berakhir di persekitaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memberitahu, plastik digunakan dengan meluas di banyak sektor termasuk automotif, elektrik dan elektronik, pembinaan, perubatan, pembungkusan dan lain-lain serta penggunaan bahan alternatif terhad kepada beberapa produk khusus.
Menurut kenyataan itu, MPMA dan MPRA berpegang teguh kepada prinsip bahawa plastik tidak tergolong dalam persekitaran dan ia harus dengan bertanggungjawab, digunakan semula dan dikitar semula.
Tanpa sektor kitar semula, Malaysia tidak akan dapat berkembang menjadi ekonomi yang mampan dan mewujudkan nilai baharu untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar, tambahnya.
Kenyataan itu memaklumkan pengitar semula berlesen telah mematuhi 18 peraturan dan undang-undang ketat dan kilang-kilang berkaitan turut dipantau dan memerlukan kelulusan daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Menurutnya, pengitar semula yang sah tidak mengimport atau menggunakan 'sampah plastik' tetapi menggunakan bahan yang boleh dikitar semula yang bersih dan homogen seperti yang diklasifikasikan di bawah Konvensyen Basel, contohnya sisa industri daripada pembuatan bampar kereta.
Bahan ini kemudian diubah menjadi pelet plastik kitar semula yang akan digunakan untuk membuat produk lain, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
MPMA dan MPRA berpegang teguh kepada prinsip bahawa plastik tidak tergolong dalam persekitaran dan ia harus dengan bertanggungjawab, digunakan semula dan dikitar semula. - Gambar fail Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tumpu kepada pengurusan plastik berbanding larangan - Persatuan
Untuk melupuskan semua jenis plastik daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia adalah sesuatu yang tidak lestari dan larangan sepenuhnya adalah tidak praktikal.