KUALA LUMPUR: Penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Jan depan, berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.
"Sementara itu, di negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang sehingga malam," menurut laporan itu.
Dalam pada itu, laporan berkenaan memaklumkan setakat hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telahmenutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.
Terdapat 26 kawasan di Kelantan dan enam kawasan di Terengganu yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran langkah penutupan bekalan oleh TNB.
"Sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna," menurut laporan itu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan pembekalan tenaga itu dilakukan daripada sistem grid, satu mobile genset dan dua portable genset di Kelantan serta dua portable genset di Terengganu.
Sementara itu, setakat semalam terdapat 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Rakan NADMA menyalurkan bantuan seperti kit kebersihan, tuala wanita, tilam, lampin dewasa, kain batik, makanan ringan, pakaian dalam, makanan sedia dimakan dan kit kelangsungan hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Jan depan, berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). - BERNAMA
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung, barat Sarawak mulai Sabtu
Penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Jan depan, berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).