KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila pemimpin parti-parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber, majlis menghadap bermula pada 2 petang itu melibatkan ketua parti susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Antara yang dijadual menghadap adalah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).


Perkembangan terkini di pintu 2 Istana Negara

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?

BACA: Antara Ismail Sabri, Anwar dan Shafie, siapa lebih berpeluang jadi PM?

Perkembangan terkini di pintu 2 Istana Negara

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau 'caretaker' sehingga perdana menteri baharu dilantik.

[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 16 Ogos 2021


-- BERNAMA