KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusannya untuk memasuki arena politik adalah satu keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk beliau terus berkhidmat kepada negara.
Dalam satu wawancara dengan Cable News Network (CNN), beliau berkata, selaku seorang senator sekarang ini tempoh perkhidmatannya terhad kepada enam tahun sahaja.
"Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif.
"Tumpuan saya sekarang ialah meneruskan pembaharuan fiskal dan untuk meneruskan dalam jangka masa panjang saya memutuskan untuk memasuki arena politik dan memainkan peranan dalam sebuah parti politik," katanya.
Walaupun keputusan itu mungkin bukan sesuatu yang popular, Tengku Zafrul berkata, ia keputusan yang tepat dan adalah penting rakyat memahami mengapa keputusan seperti itu perlu dibuat.
"Anda perlu melakukannya. Tiada pilihan untuk itu. Masalahnya apabila membuat satu keputusan sukar anda tidak mempunyai masa dan cara terbaik ialah menyuarakannya secara elok.
"Kami memerlukan pengurusan pihak berkepentingan yang lebih mantap dan kami telah melakukannya serta kami membuat banyak keputusan sukar, terutamanya semasa krisis, krisis COVID-19. Jadi saya fikir komunikasi adalah kuncinya dan yang terbaik juga ialah menumpukan kepada pembaharuan negara," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusannya untuk memasuki arena politik adalah satu keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk beliau terus berkhidmat kepada negara. - Gambar BERNAMA

Sewa premis perniagaan perlu diturunkan 10 ke 20 peratus - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil hendaklah menurunkan kadar minimum sewa sebanyak 10 ke 20 peratus.

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

Secara Kontrak | Tan Sri Mohd Zuki Ali terus berkhidmat sehingga 10 Ogos 2024
Tan Sri Mohd Zuki Ali akan meneruskan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara, KSN secara kontrak selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lantikan tersebut adalah selama 2 tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'
Saifuddin mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

Kerajaan komited mantapkan proses penyediaan Belanjawan 2023 - Tengku Zafrul
Ini bagi memastikan bajet yang dibentangkan di Parlimen merupakan penjelmaan denyut nadi rakyat untuk manfaat semua rakyat.

Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.

"Tumpuan saya untuk terus berkhidmat kepada negara" - Tengku Zafrul
"Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif," kata Tengku Zafrul.

Ekonomi Malaysia 2023: Sedia bertindak tangani impak risiko luar - Tengku Zafrul
Beliau pada masa sama yakin ekonomi Malaysia pada tahun ini akan kekal dengan pertumbuhan positif disebalik kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Penduduk Selangor bakal terima manfaat pembangunan jajaran ECRL: Tengku Zafrul
Antara isu yang dibangkitkan persatuan penduduk Puncak Alam adalah keperluan untuk mempunyai stesen ECRL di kawasan berkenaan.

BN harap RUU Dana Politik dibawa ke Parlimen sebelum PRU15
RUU Pembiayaan Dana Politik antara komitmen BN dan gabungan politik tersebut telah mencadangkannya sebelum PRU14 lagi.

Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar.