awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Dr Arshad berjaya suntik imej lebih bertenaga kepada ITM - Sultan Nazrin

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2022
07:55 MYT
Tun Dr Arshad berjaya suntik imej lebih bertenaga kepada ITM - Sultan Nazrin
Sultan Nazri bertitah, menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub, awal pagi, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub, awal pagi, hari ini.
Titah baginda, Allahyarham merupakan seorang yang mempunyai towering personality dan amat terkenal dalam program-program melibatkan pendidikan anak Melayu.
Malah, Tun Dr Arshad sepanjang hayatnya, berjaya menyuntik imej yang lebih bertenaga kepada Institut Teknologi MARA (ITM) melalui visi dan kecekalan mahu melahirkan angkatan profesional Melayu serta Bumiputera.
"Ketokohan yang dimiliki telah meletakkan Allahyarham sebagai tokoh yang dihormati, disegani, lagi disayangi," titah baginda melalui perutusan takziah kepada isteri Allahyarham, Toh Puan Zaleha Mohd Arshad pada Selasa.
Justeru, baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar terutama kepada waris, anggota keluarga dan sahabat handai.
Baginda juga berharap keluarga dan sahabat Allahyarham reda dan tabah menghadapi kedukaan pemergian Tun Dr Arshad.
Dalam masa sama, baginda mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Topic Berkaitan
#takziah
#Tun Dr Arshad Ayub
#Sultan Nazrin Muizzudin Shah
#Tun Dr Arshad Ayub meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan