Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberi sambutan rasmi oleh Kerajaan Korea Selatan sempena lawatan beliau yang bermula dari 27 hingga 28 November ini.
Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, Datuk Mohd Ashri Muda, berkata, lawatan rasmi itu bakal menyusul selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 di Busan.
Ini merupakan lawatan rasmi Perdana Menteri yang pertama ke Korea Selatan sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada bulan Mei 2018.
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan disambut di Seoul Airbase.
Pada 28 November, Perdana Menteri dijadual menghadiri mesyuarat delegasi bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Presidential Blue House.
Pertemuan itu adalah lanjutan kepada perbincangan kedua-dua pemimpin di Kuala Lumpur semasa lawatan Moon Jae-in ke Malaysia dari 12 hingga 4 Mac lalu.
“Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pembangunan industri halal, kerjasama dalam bidang sains kesihatan dan perubatan, teknologi maklumat dan komunikasi, kerajaan digital, pengangkutan, pertahanan serta kerjasama dalam bidang pelancongan dan budaya,” katanya kepada media Malaysia di Busan pada Sabtu.
Kedua-dua pihak juga akan membincangkan usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara negara kepada perkongsian strategik, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-ROK pada tahun 2020.
Pada masa sama masa, kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua negara.
“Selepas mesyuarat delegasi, Perdana Menteri dan Presiden Moon akan menyaksikan upacara menandatangani empat Memorandum Persefahaman antara kedua-dua negara.
“Ia adalah Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sains dan ICT Republik Korea mengenai Kerjasama Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Republik Korea bagi Kerjasama dalam bidang Kerajaan Digital, Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Republik Korea bagi Kerjasama dalam bidang Penjagaan Kesihatan dan Sains Perubatan; dan Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Alam Sekitar Republik Korea bagi Kerjasama dalam bidang Pengurusan Air dan Pembentungan,” kata beliau lagi.
Di samping itu, Perdana Menteri juga dijadual menyertai mesyuarat perniagaan meja bulat dengan pemain-pemain utama industri di Republik Korea pada 27 November serta menerima kunjungan hormat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Daewoo Engineering and Construction Co. Ltd pada 28 November.
“Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Seoul pada satu majlis jamuan makan malam yang akan diadakan pada 27 November 2019,” tambahnya.
Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara pada sebelah petang 28 November.
Pada tahun 2018, perdagangan dua hala antara Malaysia dan ROK telah mencatatkan peningkatan sebanyak 7.2 peratus kepada AS$17.98 bilion (RM72.60 bilion), berbanding dengan AS$15.76 bilion (RM67.71 bilion) pada tahun 2017.
ROK adalah rakan dagangan Malaysia ke-8 terbesar dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke-13 terbesar pada tahun 2018. Malaysia pula adalah rakan dagang ROK ke-14 terbesar bagi tahun yang sama.
Untuk rekod, Malaysia telah menerima seramai 616,783 pelancong dari ROK pada 2018, iaitu peningkatan sebanyak 27.3 peratus.
Dari Januari hingga Julai 2019, sejumlah 393,177 pelancong dari ROK melawat Malaysia, yang mewakili kenaikan sebanyak 10.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.
Antara 1982 hingga Oktober 2019, sejumlah 1,413 pelajar dan 2,636 kakitangan awam dari Malaysia mengambil bahagian dalam program pembangunan sumber manusia di ROK.
ROK telah dinobatkan sebagai ekonomi paling inovatif di dunia di bawah Indeks Inovasi Tahunan Bloomberg 2019.
Di bawah Dasar Pandang 2.0 (LEP 2.0) yang baharu, Malaysia ingin bekerjasama dengan ROK bagi mempelajari kekuatan ROK dalam teknologi canggih dan inovasi meliputi industri baru, kecerdasan pintar, ekonomi digital, robotik serta pembuatan pintar dan industri aero angkasa.
Rahimah Abdullah
Sat Nov 23 2019
Ini merupakan lawatan rasmi Perdana Menteri yang pertama ke Korea Selatan sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada bulan Mei 2018. - Gambar Fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Busan sasar tarik 60,000 pelancong Malaysia tahun ini
Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan menyasar menarik kedatangan 60,000 pelancong Malaysia tahun ini untuk merancakkan perniagaan tempatan serta memacu pertumbuhan ekonominya.
Sekolah menengah K-pop dibuka di Busan pada 2028
Sekolah yang terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul itu akan menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.
100,000 peminat hadir konsert percuma BTS untuk bida Ekspo Dunia Busan 2030
Seorang anak kelahiran Busan berkata, BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan.
Jururawat Korea Selatan dipenjara enam tahun sebabkan bayi baru lahir jatuh
Kejadian mengakibatkan kerosakan kekal pada otak bayi malang terbabit.
2 maut, seorang hilang selepas helikopter pengawal pantai terhempas
Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai terhempas di perairan pulau Mara, Korea Selatan pada Jumaat, menyebabkan dua maut dan seorang lagi hilang, lapor Agensi Berita Yonhap.
Apartmen 33 tingkat terbakar, 15 penghuni dikejar ke hospital
Rakaman menunjukkan api menjulang tinggi dan kepulan asap dilihat jelas dari udara dengan beberapa keping konkrit besar jatuh ke jalan.
COVID-19: 16 anak kapal Rusia di pelabuhan Busan disahkan positif
Kesemua 21 anak kapal yang membawa makanan laut beku disaring selepas tiba di pelabuhan Gamcheon Busan pada Ahad.
Dr Mahathir diberi sambutan rasmi di Seoul
Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta delegasi, tiba di Pangkalan Udara Seoul kira-kira jam 1.20 pagi.
Tun M lawat aset LNG terapung kedua Petronas
Perdana Menteri diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menjadi 'Lady Sponsor' akan memotong tali pada majlis menamakan kemudahan itu hari ini.
Cosmic Girls rai Tun Siti Hasmah, isteri pemimpin ASEAN
Mereka turut diberi penerangan mengenai teknologi dan inovasi kecantikan yang digunapakai Korea Selatan.