awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell

Bernama
Bernama
15/11/2018
15:49 MYT
Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell
Tun Dr Mahathir juga akan membincangkan pelbagai su yang memberi kesan kepada ekonomi membangun seperti akses Internet. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain daripada 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan menangani pelbagai sekatan perdagangan yang menghalang kemakmuran di seluruh rantau ini.
Semua pemimpin, yang berkumpul di sini hujung minggu ini untuk sidang kemuncak tahunan mereka, juga akan membincangkan pelbagai isu yang memberi kesan kepada ekonomi membangun seperti akses Internet untuk mencapai penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi digital.
Membuat penampilan pertamanya sejak APEC 2003 di Thailand, Dr Mahathir dijadualkan tiba di ibu negara ini pada petang Jumaat dan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan beberapa pemimpin di luar sidang kemuncak berkenaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, yang berada di sini bagi menghadiri forum itu memberitahu media Malaysia hari ini bahawa Dr Mahathir akan memperkatakan cara-cara menjadikan APEC lebih berjaya.
Mesyuarat tahun ini di Papua New Guinea mungkin akan memberikan hala tuju dasar untuk perdagangan dengan memanfaatkan pemacu pertumbuhan baru dan didorong teknologi, meningkatkan inovasi perniagaan dan pekerjaan serta membawa kualiti kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Bertemakan "Harnessing Inclusive Opportunities, Embracing the Digital Future", mesyuarat itu diadakan pada masa ketidaktentuan ekonomi global, terutama perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Papua New Guinea, dengan keluaran dalam negara kasar per kapita hanya US$2,745 pada 2015, akan terus membina asas kepentingan bersama dengan ahli APEC dan berusaha ke arah meningkatkan integrasi ekonomi serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC
#Darell Leiking
#ekonomi digital
#Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan